Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459303
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd. Yazid Ahmad
dc.contributor.authorSyamsul Rusydi Somad Abdul Bashit (P73357)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:51:36Z-
dc.date.available2023-09-13T07:51:36Z-
dc.date.issued2017-08-17
dc.identifier.otherukmvital:101180
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459303-
dc.descriptionDi Malaysia, amalan pembahagian pusaka adalah bersandarkan kepada mazhab Shafie. Jika terdapat lebihan harta pusaka selepas pembahagian faraid atau si mati tidak mempunyai waris yang berhak, ia akan diserahkan kepada baitulmal untuk menguruskannya. Walau bagaimanapun, terdapat kekaburan amalan baitulmal di Malaysia dalam menguruskan harta pusaka malah terdapat waris yang mempersoalkan hak baitulmal mewarisi harta pusaka. Selain itu, terdapat cabaran yang dihadapi dalam menguruskan harta pusaka yang menyebabkan baitulmal turut terpalit. Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti amalan dan cabaran serta penyelesaian dalam mengatasi masalah tersebut. Kajian kualitatif yang berasaskan analisis kandungan ini menggunakan pendekatan analisis dokumen ke atas data-data yang telah dikumpulkan. Data-data yang diperolehi melalui bahan-bahan yang telah didokumentasikan dan temubual tidak berstruktur bersama pegawai Baitulmal MAIS, MAIM dan MAINS dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan komperatif. Hasil kajian mendapati amalan pengurusan antara baitulmal MAIS, MAIM dan MAINS adalah berbeza dari aspek menguruskan penebusan harta pusaka, menerima permohonan pusaka, membuat tuntutan harta pusaka dan melakukan pendaftaran tanah dalam sistem maklumat bergeografi. Manakala amalan setiap baitulmal adalah sama dalam menguruskan penjualan dan pembelian harta pusaka, memajukan harta pusaka yang tidak ditebus, mengadakan runding cara pengurusan harta pusaka, membuat penerimaan bayaran pelbagai harta pusaka dan membuat penerimaan resit bayaran bagi penebusan secara ansuran. Selain itu, setiap baitulmal juga mempunyai cabaran yang berbeza. Antara cabaran yang dihadapi pihak baitulmal adalah terpaksa berurusan dengan pelbagai agensi disebabkan ketiadaan undang-undang yang spesifik, tanah milik baitulmal kurang berpotensi untuk dimajukan, ketidakmampuan waris untuk melangsaikan bayaran penebusan, kekurangan kakitangan yang berpengalaman dan kekurangan pengetahuan masyarakat berhubung hak baitulmal menurut faraid. Implikasi kajian membuktikan terdapat amalan berbeza di antara baitulmal di Malaysia menyebabkan ketidak seragaman pentadbiran yang memerlukan kepada undang-undang bertulis (statut) dan satu institusi khusus yang menguruskan harta pusaka baitulmal di Malaysia. Selain itu, pihak baitulmal hendaklah mengadakan lebih banyak sesi penerangan tentang hukum faraid.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law) -- Malaysia
dc.titleAmalan dan cabaran Baitulmal dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages161
dc.identifier.callnoBP158.I45S97 2017 tesis
dc.identifier.barcode003469(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.