Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459300
Title: Saiz kosa kata bahasa Arab dan hubungannya dengan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar prasiswazah
Authors: Siti Aisyah Ishak @ Isah (P77225)
Supervisor: Zamri Arifin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Bahasa Arab
Arabic language -- Writing
Issue Date: 2-Aug-2017
Description: Saiz kosa kata bermaksud jumlah kosa kata yang diketahui, dimiliki dan digunapakai oleh setiap individu di samping berperanan penting dalam menghasilkan penulisan yang baik. Namun begitu penyelidikan kosa kata bahasa Arab di Malaysia kurang menyentuh aspek saiz sama ada berbentuk reseptif mahupun produktif serta hubungannya dengan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar pada peringkat universiti khususnya. Justeru itu kajian ini dijalankan bagi mengukur anggaran saiz kosa kata (SKK) reseptif bahasa Arab pelajar peringkat prasiswazah Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia ; mengenal pasti sekiranya terdapat perbezaan signifikan SKK pelajar berdasarkan jabatan pengajian; menganalisis hubungan di antara SKK bahasa Arab dengan kemahiran menulis pelajar serta mengenal pasti hubungan di antara strategi pembelajaran kosa kata (SPKK) dengan SKK. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan pendekatan secara deskriptif berbentuk korelasi. Responden kajian terdiri daripada pelajar prasiswazah FPI, UKM tahun 2 semester kedua yang telah mengikuti kursus Maharat al-Kitabah (PPPY1132) semester 1 sesi 2015/2016 daripada lima Jabatan pengajian iaitu Syariah, Usuluddin dan Falsafah, Arab dan Tamadun Islam, Dakwah dan Kepimpinan serta al-Qur'an dan al-Sunnah. Dapatan kajian menunjukkan SKK reseptif bahasa Arab pelajar adalah sebanyak 1929 perkataan daripada 3000 kata keseluruhan manakala tidak terdapat perbezaan signifikan SKK pelajar berdasarkan jabatan pengajian. Menyentuh aspek hubungan pula SKK reseptif bahasa Arab bagi tahap 1000 kata, tahap 2000 kata, tahap 3000 kata dan tahap keseluruhan kata mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kemahiran menulis pelajar. Begitu juga terdapat hubungan yang signifikan antara semua SPKK dengan SKK keseluruhan iaitu r = 0.169, p = 0.02 (p<0.05). Penyelidikan SKK memberi implikasi positif terhadap perkembangan kemahiran menulis seterusnya mampu menjadi faktor penyumbang ke arah penambahbaikan silibus pembelajaran bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 138
Call Number: PJ6123.S54 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101177+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
509.33 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.