Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459293
Title: Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam untuk menangani salah laku ponteng di sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Putrajaya
Authors: Anis Qurratu 'Aini Jamaluddin (GP01656)
Supervisor: Zainab Ismail, Prof. Dr.
Keywords: School attendance -- Putrajaya -- Prevention
Issue Date: 25-Apr-2017
Description: Pendidikan Islam ialah proses pengajaran dan pembelajaran ilmu yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang meliputi ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Guru Pendidikan Islam di sekolah adalah individu yang bertanggungjawab mendidik pelajar untuk menjadi insan yang berilmu, beriman dan beramal dengan ajaran Islam. Namun, proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah mengalami gangguan disebabkan terdapat pelajar yang ponteng sekolah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang Guru Pendidikan Islam dan pelajar, mengkaji pendekatan Guru Pendidikan Islam dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam, mengenal pasti punca salah laku ponteng sekolah menurut perspektif pelajar serta menganalisis perspektif guru dan pelajar terhadap matapelajaran Pendidikan Islam untuk menangani salah laku ponteng. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 42 orang guru Muslim dan 266 orang pelajar Tingkatan Empat daripada dua buah sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan min, peratusan dan kekerapan melalui teknik statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati pendekatan bersepadu adalah pendekatan utama yang dilaksanakan oleh Guru Pendidikan Islam dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah, diikuti oleh pendekatan lain seperti pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan qudwah hasanah. Kajian ini juga mendapati punca utama salah laku ponteng sekolah menurut perspektif pelajar adalah aspek sekolah, kemudian diikuti oleh diri sendiri, keluarga dan rakan sebaya. Di samping itu, hasil kajian ini juga mendapati perspektif guru dan pelajar terhadap Pendidikan Islam adalah positif. Kajian ini juga menunjukkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah pendekatan yang dapat membantu sekolah menangani masalah salah laku ponteng di sekolah. Gabungan empat pendekatan dalam Pendidikan Islam iaitu pendekatan bersepadu, pendekatan induktif, pendekatan deduktif dan pendekatan qudwah hasanah berupaya menjadi domain utama dalam membentuk nilai-nilai mumi dikalangan pelajar.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 223
Call Number: LB3073.A53 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101170+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
10.66 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.