Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459279
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdul Basir Mohamad, Prof. Dr.-
dc.contributor.authorMohd Haniff Amri (P73356)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:50:27Z-
dc.date.available2023-09-13T07:50:27Z-
dc.date.issued2017-04-06-
dc.identifier.otherukmvital:99433-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459279-
dc.descriptionSertu merupakan salah satu kaedah untuk menyucikan diri dan mana-mana tempat yang terkena najis mughallaẓah. Amalan sertu disyariatkan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang memerintahkan supaya membasuh jilatan anjing dengan tujuh kali basuhan serta salah satu daripadanya dengan menggunakan air tanah. Selain daripada menggunakan tanah asli, kini terdapat produk sertu moden yang berasaskan campuran tanah dan bahan-bahan lain bagi membersih najis mughallaẓah. Namun, kuantiti tanah yang bercampur dengan bahan-bahan lain dalam produk tersebut masih boleh dipersoalkan jika ingin dibandingkan dengan maksud penggunaan seratus peratus tanah seperti yang dijelaskan oleh Baginda SAW. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep sertu menurut Islam serta menjelaskan penggunaan tanah sebagai bahan penting dalam proses sertu. Di samping mengenalpasti produk sertu moden dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak pengeluar serta mengemukakan kaedah penggunaan sertu moden yang terdapat pada hari ini. Untuk merungkai permasalahan ini, metode kajian kualitatif digunakan bagi menganalisis sumber maklumat daripada sumber-sumber primer dan sumber-sumber sekunder yang diperolehi daripada instrumen analisis dokumen. Selain itu, kaedah temubual juga digunakan bagi mendapat maklumat yang diperlukan secara terus daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Hasil daripada kajian ini menjelaskan bahawa hukum penggunaan produk sertu moden dan perkhidmatan sertu yang diusahakan oleh syarikat bumiputera adalah sah sekiranya kandungan tanah melebihi bahan-bahan lain serta mengikuti kaedah yang telah dijelaskan oleh syarak. Dengan adanya produk dan perkhidmatan sertu melalui aplikasi moden dapat menyelesaikan masalah pihak industri perkapalan, kontena, premis, pihak veterinar dan mereka yang sering berhadapan dengan permasalahan najis mughallaẓah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSertu-
dc.subjectSamak-
dc.subjectPurity-
dc.subjectRitual -- Islam-
dc.titlePenggunaan produk moden dalam sertu di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages134-
dc.identifier.callnoBP184.4.M845 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003282(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99433+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
500.1 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.