Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459270
Title: Perbandingan antara mazhab ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah Imamiyyah dalam solat fardu
Authors: Muhammad Othman (P64058)
Supervisor: Mohammad Zaini Yahaya, Dr.
Keywords: Inheritance and succession (Islamic law)
Issue Date: 15-May-2017
Description: Isu Syiah Imamiyyah telah dibahaskan oleh para ulama sejak dahulu lagi. Ia merupakan isu semasa yang agak serius sama ada di peringkat tempatan mahupun kebangsaan dan menjadi ancaman kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Walaubagaimanapun, kajian yang dilakukan terhadap isu Syiah Imamiyyah lebih tertumpu kepada aspek akidah berbanding aspek fiqh terutamanya dalam fiqh ibadat. Syiah Imamiyyah juga mempunyai sumber pembentukan hukum fiqh mereka seperti Ahli Sunnah Wal Jmaah tetapi terdapat beberapa perbezaan antara keduanya dalam penerimaan dalam sesuatu sumber tersebut terutama berkaitan imamah iaitu mengenai dakwaan bahawa imam meraka adalah seorang yang maksum. Untuk mengenalpasti seseorang yang menganuti fahaman Syiah Imamiyyah menerusi pegangan akidah adalah sukar berbanding amalan mereka seperti solat fardu yang dilakukan secara zahir. Oleh itu, kajian berkaitan solat Syiah Imamiyyah dirasakan amat perlu untuk dilakukan. Tujuan utama kajian ini ingin melihat sejauh mana perbezaan dan persamaan antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah Imamiyyah dalam solat fardu terutama pada rukun dan perkara yang boleh membatalkan solat. Kajian juga mengkaji latar belakang Syiah Imamiyyah serta kaedah pembentukan hukum mereka. Metodologi kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik kajian analisis dokumen dalam pengumpulan data. Data-data tersebut dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat banyak perbezaan antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah Imamiyyah dalam solat fardu berbanding persamaan. Kajian juga mendapati Syiah Imamiyyah menjadikan kata-kata imam mereka sebagai sumber pembentukan hukum berkaitan solat. Implikasi kajian adalah memberi pendedahan kepada masyarakat awam mengenai ciri-ciri perbezaan dan persamaan sebagai kayu ukur dalam mengenali mazhab Syiah Imamiyyah. Selain itu, kajian ini juga memberi sumbangan terhadap ilmu fiqh perbandingan dengan mengemukakan perbezaan dan persamaan antara mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah Imamiyyah dalam solat fardu.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 111
Call Number: BP144.M84 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98636+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.