Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459264
Title: Kaedah dan amalan rujuk di Negeri Sembilan
Authors: Nur Majidah Majemi (P67118)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Rujuk
Divorce (Islamic law) -- Malaysia -- Negeri Sembilan
Issue Date: 17-Jan-2017
Description: Rujuk merupakan satu peluang bagi pasangan yang telah bercerai talaq raj'i dan masih berada dalam tempoh iddah untuk kembali hidup sebagai pasangan suami isteri. Mutakhir ini terdapat banyak kes permohonan pengesahan rujuk dikemukakan ke Mahkamah Syariah di Negeri Sembilan. Ia melibatkan rujuk secara lafaz dan rujuk secara perbuatan. Kajian ini bertujuan membincangkan perbahasan hukum syarak tentang kaedah rujuk, menjelaskan prosedur dan kaedah rujuk dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 serta mengkaji aplikasi pengesahan kes-kes rujuk di Mahkamah Syariah Seremban. Kajian ini dilaksanakan menggunakan metode kualitatif menerusi reka bentuk analisis kandungan. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif, komparatif serta deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa berlaku ketidakseragaman dalam keputusan kes pengesahan rujuk yang diputuskan di Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam. Hal ini berlaku ekoran pengendalian kes-kes pengesahan rujuk di kedua-dua institusi ini lebih kepada mengikut amalan semasa dan kebiasaan hakim-hakim. Prosedur yang sedia ada pula didapati tidak lengkap dan masih kabur untuk dijadikan panduan. Keadaan ini telah menyebabkan sistem pengendalian keskes pengesahan rujuk tidak konsisten dan tiada satu pengurusan yang sistematik. Oleh kerana itu, amat penting untuk diwujudkan satu panduan khusus yang seragam berkaitan kaedah pengendalian kes-kes rujuk tersebut.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 124
Call Number: BP158.D5N847 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98629+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.