Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459263
Title: | Prospek wakaf tunai Yayasan Wakaf Malaysia terhadap pembangunan sosio ekonomi Muslim di Malaysia |
Authors: | Muhammad Sofiyuddin Zakaria (P70955) |
Supervisor: | Mohd Zamro Muda, Dr. |
Keywords: | Wakaf tunai Yayasan Wakaf Malaysia |
Issue Date: | 20-Jan-2017 |
Description: | Wakaf tunai atau berwakaf melalui wang ringgit merupakan salah satu kaedah wakaf kontemporari yang berpotensi besar untuk membangunkan ekonomi ummah. Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) antara entiti wakaf yang ada di Malaysia menggunakan pendekatan wakaf tunai sebagai galakan kepada orang Islam untuk mengambil bahagian dalam ibadah wakaf. Namun begitu, amalan berwakaf secara tunai dalam kalangan masyarakat masih tidak menyeluruh menyebabkan hasil kutipan masih berada di tahap yang kurang memuaskan disebabkan kefahaman dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan wakaf tunai masih rendah serta masyarakat tidak terdedah dengan potensi besar yang ada pada wakaf tunai. Organisasi wakaf seperti YWM berperanan penting dalam menguruskan dana wakaf tunai supaya dapat menarik lebih ramai pewakaf dan mampu memanfaatkan prospek besar wakaf tunai dalam pembangunan ekonomi. Kajian ini bertujuan mengenalpasti konsep wakaf tunai dalam Islam dan mengkaji bentuk, prosedur atau tatacara dan amalan pelaksanaan wakaf tunai di YWM. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji potensi dan sumbangan wakaf tunai YWM dalam pembangunan sosio ekonomi Muslim di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Fakta dan hujah daripada bahan-bahan perpustakaan diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Data-data juga diperoleh hasil temubual separa struktur terhadap pegawai yang berautoriti di YWM melalui analisis secara induktif. Hasil kajian mendapati kaedah wakaf tunai dibuat melalui pembayaran di kaunter, auto-teller machine, potongan akaun simpanan dan potongan gaji dengan nilai serendah RM5. YWM berpotensi menjana lebih banyak dana menerusi pelaksanaan wakaf tunai yang efektif dan sistematik. Jumlah kutipan wakaf tunai sejak penghujung tahun 2008 sehingga awal tahun 2016 adalah sebanyak RM5.43 juta. Hasil kutipan tersebut diagihkan ke sektor-sektor yang boleh membantu pertumbuhan ekonomi. Tambahan pula, sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada YWM bagi meluaskan lagi potensi wakaf tunai dan menguatkan strategi untuk membangunkan sosio ekonomi ummah. Kajian ini penting bagi pihak YWM untuk mengenal pasti kepentingan pelaksanaan wakaf tunai supaya potensinya dapat diketahui dengan jelas. Justeru, selain daripada penambahbaikan dalam pengurusan wakaf di YWM, penyaluran dana wakaf tunai ke sektor-sektor yang pesat membangun seperti ekonomi, pendidikan, pertanian dan perladangan, industri kecil dan sederhana, agrikultur serta perlancongan harus dipertingkatkan. Selain itu juga, kempen-kempen berkaitan wakaf tunai perlu dipergiatkan dan diberi nafas baru supaya boleh menarik minat masyarakat untuk turut berwakaf.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 108 |
Call Number: | BP170.25.M839 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98628+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.51 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.