Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459262
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorFazlina Fadzil (P68753)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:42Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:42Z-
dc.date.issued2017-04-21
dc.identifier.otherukmvital:98627
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459262-
dc.descriptionDasawarsa ini, penyebaran fahaman yang berbentuk radikal atau ekstrem berleluasa di media sosial. Pengaruhnya sangat membimbangkan sehingga aktiviti keganasan dan melampaui batas mencetuskan kekacauan dan mempengaruhi masyarakat. Permasalahan ini mencetuskan kajian ini dilakukan berikutan pelajar Politeknik Port Dickson menggunakan media sosial secara aktif dan mendapat segala penyebaran propaganda mengenai jihad. Hal ini mencetuskan kebimbangan terhadap salah faham dalam mengimplementasi konsep jihad yang diterima dari media sosial. Objektif kajian ini adalah bagi mengenalpasti persepsi pelajar Politeknik Port Dickson terhadap konsep jihad, mengkaji faktor yang mempengaruhi persepsi pelajar terhadap konsep jihad di media sosial dan menganalisis kesan persepsi konsep jihad dalam media sosial kepada ideologi pelajar. Kajian ini dijalankan di Politeknik Port Dickson melibatkan 236 responden pelajar Semester 6 dari Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Perdagangan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual Diskusi Kumpulan Terfokus bersama 7 orang pelajar dan Temu bual Berstruktur bersama 5 orang Pensyarah Pendidikan Islam. Metodologi kajian adalah kajian kuantitatif menggunakan analisis data secara deskriptif dengan perisian Statistical Package of Sosial Sciences (SPSS) for Windows Version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi pelajar Politeknik Port Dickson terhadap konsep jihad dalam media sosial di tahap memuaskan dengan nilai min 3.32 di tahap sederhana. Ini menunjukkan pelajar masih perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang mendalam mengenai konsep jihad. Manakala faktor luaran dan faktor dalaman yang mempengaruhi persepsi pelajar masing-masing dengan nilai min 3.51 dan 2.98 juga di tahap sederhana. Ini menunjukkan kedua-dua faktor ini memberi kesan secara tidak langsung dalam mempengaruhi pelajar terhadap memahami konsep jihad dalam media sosial. Bagi kesan jangka pendek dan jangka panjang pula menunjukkan nilai positif iaitu 3.49 dan 4.06. Ini menunjukkan pelajar Politeknik Port Dickson tidak terpengaruh dan terlibat dengan persepsi jihad yang berunsur keganasan di media sosial. Min keseluruhan bagi kajian ini ialah 3.50 berada di tahap memuaskan dan dalam lingkungan sederhana . Kajian ini memberi sumbangan besar kerana ia dapat mengekang penglibatan pelajar dalam menyertai sebarang aktiviti keganasan dan memahami konsep sebenar jihad. Kajian ini memberi impak besar kepada pihak politeknik yang memerlukan penambahbaikan terhadap kurikulum jihad oleh Seksyen Pembangunan dan Penilaian Kurikulum (SPPK) dan keperluan kepada penguatkuasaan yang lebih tegas oleh pihak yang bertanggungjawab dalam mengekang sebaran negatif mengenai jihad di media sosial.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMedia sosial
dc.subjectSocial media -- Influence
dc.titlePersepsi pelajar Politeknik Port Dickson terhadap konsep jihad dalam media sosial
dc.typetheses
dc.format.pages169
dc.identifier.callnoHM742.F339 2017 tesis
dc.identifier.barcode003142(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98627+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.5 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.