Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459259
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.
dc.contributor.authorSyahrizal (P77193)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:34Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:34Z-
dc.date.issued2016-08-10
dc.identifier.otherukmvital:98624
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459259-
dc.descriptionKeluarga dalam Islam adalah madrasah pertama dalam kehidupan anak kerana amalan keibubapaan adalah asas pembentukan bagi tingkah laku dan sikap anak-anak. Namun kini pelbagai persoalan jenayah dan kes salah laku serta tingkah laku devian terjadi dalam kalangan remaja Islam di masyarakat. Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara amalan keibubapaan yang meliputi dua aspek iaitu tingkah laku ibu bapa dan metode keibubapaan terhadap tingkah laku dalam kalangan remaja kecamatan Kota Baru Jambi Indonesia. Objektif kajian adalah mengkaji tiga dimensi hubungan tingkah laku ibu bapa iaitu keperibadian, ilmu dan kemahiran keibubapaan dan lima dimensi metode keibubapaan seperti teladan, pemerhatian,nasihat pelaziman dan hukuman. Objektif seterusnya ialah meninjau tingkah laku ibu bapa dan metode keibubapaan yang menjadi penentu kepada tingkah laku remaja. Metodologi kajian ialah secara kuantitatif. Seramai 210 orang pelajar dari Sekolah Menengah Atas di Kota Jambi telah dipilih secara rawak sebagai responden. Kajian korelasi ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Data kajian dianalisis menggunakan metode analisis deskriptif dan inferensi dengan bantuan program Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 23.0. Setiap hipotesis bagi kajian ini diuji kebenarannya pada aras signifikan p<.05. Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap tingkah laku ibu bapa pada dimensi keperibadian dan kemahiran keibubapaan adalah rendah dan dimensi ilmu berada pada tahap sederhana. Di samping itu tahap metode keibubapaan bagi lima dimensi di dalamnya berada pada tahap tinggi kecuali dimensi hukuman berada tahap rendah. Tahap tingkah laku remaja pula menunjukkan tahap rendah. Analisis korelasi pearson menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku ibu bapa dan metode keibubapaan terhadap tingkah laku remaja. Analisis regresi berganda pula menunjukkan pemboleh ubah tingkah laku ibu bapa dan metode keibubapaan yang menjadi penentu kepada tingkah laku remaja adalah berbeza. Hal ini dapat dirumuskan bahawa keselarasan antara ilmu dan tingkah laku ibu bapa akan mempengaruhi akhlak dan sikap remaja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectTingkah laku
dc.subjectChild rearing -- Religious aspects -- Islam
dc.titleAmalan keibubapaan dalam kalangan remaja di masyarakat Islam Kecamatan Kota Baru Provinsi Jambi Indonesia
dc.typetheses
dc.format.pages102
dc.identifier.callnoHQ769.3.S97 2017 tesis
dc.identifier.barcode003140(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98624+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.