Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459248
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhamad Faisal Asha'ari, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Amin Hasan ( P70973) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:49:06Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:49:06Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98614 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459248 | - |
dc.description | Pusat Islam berperanan penting dalam membantu Politeknik membangunkan modal insan berkemahiran yang seimbang antara aspek material dan kerohanian melalui pelaksanaan aktiviti dakwah. Namun, terdapat kelemahan dari sudut perancangan dan pelaksanaan menyebabkan pelajar kurang berminat terlibat secara aktif dalam aktiviti tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap penglibatan pelajar, penerimaan dan persepsi mereka terhadap tahap keberkesanan aktiviti dakwah di Pusat Islam. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti hubungan di antara tahap keberkesanan penganjuran aktiviti dakwah dengan tahap penerimaan pelajar. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor keberkesanan penganjuran aktiviti dakwah terhadap tahap penerimaan pelajar. Ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data kajian dikumpul melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian korelasi dan regresi linear. Seramai 196 pelajar beragama Islam semester tiga dari empat jabatan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), Kulim, Kedah telah dipilih sebagai responden melalui pensampelan rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti dakwah di Pusat Islam PTSB berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min keseluruhan (min= 3.12), tahap keberkesanan penganjuran aktiviti berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min keseluruhan (min= 3.27) dan tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti dakwah juga berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min keseluruhan (min= 3.34). Hasil ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap keberkesanan penganjuran aktiviti dengan tahap penerimaan pelajar (r=0.596, ρ=0.00). Manakala ujian Regresi Linear pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R²=0.355 (β =0.596) yang menyumbang sebanyak 35.5 peratus nilai varians. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan pelajar berada pada tahap sederhana dengan maksud wujud minat terhadap aktiviti yang dianjurkan tetapi masih belum lagi dapat menarik kehadiran yang ramai. Implikasi dari itu, Pusat Islam perlu merancang aktiviti yang lebih lagi mesra dengan pelajar yang masih berjiwa remaja.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dakwah | - |
dc.subject | Pusat Islam | - |
dc.subject | Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah | - |
dc.subject | Dakwah (Islam) | - |
dc.title | Tahap penerimaan pelajar terhadap aktiviti dakwah di Pusat Islam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 104 | - |
dc.identifier.callno | BP170.85.M834 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003130(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98614+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.33 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.