Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459246
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Arifin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSiti Norizam Zakaria (P72846)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:49:02Z-
dc.date.available2023-09-13T07:49:02Z-
dc.date.issued2017-07-23
dc.identifier.otherukmvital:98612
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459246-
dc.descriptionPenglibatan sarjana Barat dalam bidang kesusasteraan Arab tidak dapat dinafikan lagi dengan kemunculan penerbitan penulisan mereka yang tersebar di seluruh pelusuk dunia. Penulisan tersebut bukan sahaja terdapat dalam bentuk buku, artikel, majalah malah mereka juga mempunyai ensiklopedia tersendiri yang memuatkan pengetahuan tentang kesusasteraan Arab. Salah satu daripada hasil penulisan tersebut ialah The Enyclopaedia of Islam. Ensiklopedia ini diselia oleh beberapa sarjana Barat selaku editor dan salah seorang editornya adalah Charles Pellat. Kajian ini memfokuskan kepada penulisan kesusasteraan Arab yang dihasilkan oleh Charles Pellat dalam The Enyclopaedia of Islam. Objektif kajian ini adalah untuk melihat sumbangan Charles Pellat dalam kesusasteraan Arab. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis skop penulisan dan mengenal pasti sumber penulisan kesusasteraan Arab oleh Charles Pellat dalam The Enyclopaedia of Islam. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan kaedah kualititif dengan reka bentuk analisis dokumen dalam proses pengumpulan dan penganalisisan data. Pengumpulan data tersebut dilakukan secara deskriptif. Selain itu, kajian biografi juga digunakan untuk mengenal pasti latar belakang Charles Pellat. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 253 entri Charles Pellat dalam The Encyclopaedia of Islam dengan tiga pembahagian berdasarkan skop penulisan. Skop pertama adalah sejarah Islam sebanyak 91 entri, skop etimologi berjumlah 86 entri dan yang terakhir adalah Sastera Arab dengan jumlah 76 entri. Sementara itu, hasil kajian juga mendapati bahawa sumber yang digunakan dalam menghasilkan artikel berkenaan terbahagi kepada dua sumber utama iaitu sumber berbahasa Arab dan bahasa asing. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu kesusasteraan Arab yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Pendedahan artikel Charles Pellat dalam The Enyclopaedia of Islam juga memberi kesan kepada pelajar dan mahasiswa khususnya dalam memahami isu-isu kesusasteraan Arab yang dibincangkan. Kajian ini mencadangkan agar satu kajian meluas dijalankan terhadap penulisan kesusasteraan Arab oleh sarjana Barat samada yang terdapat dalam bentuk buku mahupun artikel dalam The Enyclopaedia of Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKesusasteraan Arab
dc.subjectArabic literature -- History and criticism
dc.titleCharles Pellat dan kesusasteraan Arab dalam The Encyclopaedia of Islam
dc.typetheses
dc.format.pages142
dc.identifier.callnoPJ7515.S58 2017 tesis
dc.identifier.barcode003128(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98612+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.