Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459234
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | A'dawiyah Ismail, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nurulaneeyamirah Razali (P77156) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:30Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:30Z | - |
dc.date.issued | 2017-01-19 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98206 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459234 | - |
dc.description | Setiap pasangan yang berkahwin mengharapkan kelahiran zuriat. Namun akibat kegagalan untuk memperoleh anak, wanita yang mengalami masalah infertiliti berdepan dengan pelbagai tekanan emosi, sindiran dan pandangan negatif daripada keluarga, teman sepejabat dan masyarakat. Hal ini boleh membawa kesedihan, kemurungan dan kemarahan yang berpanjangan di dalam kehidupan wanita infertiliti. Namun begitu masih wujud kekeliruan wanita infertiliti dalam memahami konsep emosi dan kecelaruan dalam cara mereka menguruskan emosi seharian. Justeru kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap kefahaman wanita infertiliti mengenai konsep emosi, mengemukakan punca tekanan wanita infertiliti, mengenalpasti cabaran wanita infertiliti menguruskan emosi menurut Islam dan menganalisis pengurusan emosi menurut Islam dalam kalangan wanita infertiliti. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan. Data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Kaedah persampelan bertujuan digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 65 orang sampel terdiri daripada wanita infertiliti yang mendapatkan rawatan kesuburan di Pusat Reproduktif (MAC), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Dalam kajian ini data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan perisian komputer SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 22. Nilai Alpha Cronbach yang dihasilkan untuk kesemua item soal selidik adalah baik dan tinggi iaitu α = 0.891. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min untuk tahap kefahaman wanita infertiliti mengenai konsep emosi adalah sederhana (3.50), punca tekanan wanita infertiliti berada pada tahap rendah (1.96), cabaran wanita infertiliti menguruskan emosi menurut Islam juga pada tahap rendah (1.74) dan pengurusan emosi menurut Islam dalam kalangan wanita infertiliti pula berada pada tahap sederhana (3.28). Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan skor min pengurusan emosi wanita infertiliti dengan menerapkan konsep tawakal (3.78) dan bersangka baik kepada Allah SWT (3.74) adalah tinggi. Implikasi kajian ini kepada wanita infertiliti adalah meningkatkan kefahaman mereka dalam mengurus emosi menurut Islam. Justeru, pengurusan emosi menurut Islam wajar diberi penekanan oleh wanita infertiliti bagi mewujudkan kesejahteraan, keharmonian dan ketenangan dalam kehidupan mereka.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Wanita infertiliti | - |
dc.subject | Kefahaman | - |
dc.subject | Infertility | - |
dc.subject | Female -- Psychology | - |
dc.title | Pengurusan emosi dalam kalangan wanita infertiliti menurut Islam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 188 | - |
dc.identifier.callno | RG201.N847 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003109(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98206+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.4 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.