Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459231
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | A'dawiyah Ismail, Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Nordiana Rifai (P78179) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:48:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:48:22Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-17 | |
dc.identifier.other | ukmvital:98199 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459231 | - |
dc.description | Hukuman rotan merupakan salah satu alternatif tindakan disiplin yang dilakukan terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Isu ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan anggota masyarakat termasuklah ibu bapa, guru-guru, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh politik. Ada yang bersetuju supaya hukuman rotan perlu dilaksanakan dengan segera, tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa hukuman rotan bukan jalan terbaik untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Respon daripada pelbagai pihak ini, telah menyebabkan berlaku beberapa kali perubahan dalam tatacara atau prosedur perlaksanaan hukuman rotan di sekolah-sekolah Malaysia. Hakikatnya, tujuan merotan sama ada dalam institusi kekeluargaan mahupun pendidikan di sekolah adalah bagi membentuk sahsiah diri pelajar yang sempurna. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa terhadap penggunaan hukuman rotan di sekolah, menganalisis persepsi ibu bapa terhadap kerelevanan perlaksanaan hukuman rotan di sekolah dan mengkaji persepsi ibu bapa terhadap keberkesanan hukuman rotan ke atas pelajar yang melanggar disiplin sekolah. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang berbentuk kajian tinjauan (survey research) dan menggunakan instrument borang soal selidik. Kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan dalam pemilihan sampel kajian. Seramai 100 orang responden dalam kalangan ibu bapa yang menetap di Kuala Lumpur yang beragama Islam dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Data dikumpul melalui borang soal selidik dan dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti ibu bapa mengetahui mengenai perlaksanaan hukuman rotan di sekolah iaitu pada tahap tinggi dengan mencatatkan skor min 4.00 ke atas pada kesemua item. Seterusnya, mereka beranggapan bahawa hukuman rotan ini wajar dikenakan kepada pelajar di sekolah selepas peringatan dan amaran diberikan iaitu dengan tahap min=4.71 dan sisihan piawai 0.608. Mereka turut berpendapat bahawa hukuman rotan di sekolah akan lebih berkesan apabila dijalankan dalam keadaan yang tenang bukan ketika marah ataupun mengikut emosi dengan menunjukkan tahap min=4.53 dan sisihan piawai 0.926. Oleh itu, penggunaan hukuman rotan sebagai satu kaedah mendisiplinkan pelajar masih lagi praktikal kerana tujuan merotan untuk mendidik bukannya mendera. Implikasi kajian ini ialah dapat memberi gambaran kepada para guru khususnya kepada guru-guru disiplin mengenai kepentingan mengetahui kemahiran pengurusan disiplin pelajar dan keperluan menjaga hubungan dengan ibu bapa pelajar supaya wujud hubungan dua hala yang berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Hukuman rotan | |
dc.subject | Disiplin sekolah | |
dc.subject | Pelajar | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Persepsi ibu bapa tentang hukuman rotan terhadap pelajar yang melanggar disiplin sekolah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 157 | |
dc.identifier.barcode | 003104(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98199+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 362.17 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.