Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459227
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.
dc.contributor.authorMohd Hanafi Mamat (P81839)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:48:11Z-
dc.date.available2023-09-13T07:48:11Z-
dc.date.issued2017-08-08
dc.identifier.otherukmvital:98196
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459227-
dc.descriptionProgram j-QAF telah dilaksanakan pada tahun 2005 di peringkat sekolah rendah untuk memperkasakan sistem pendidikan Islam. Pelaksanaan program telah memperlihatkan perubahan yang amat positif dalam pencapaian al-Quran namun masih lagi belum memuaskan sedangkan kesediaan guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran berada di tahap yang tinggi. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan untuk melihat pencapaian murid serta meninjau tahap pengamalan faktor pembelajaran mereka di dalam Model Khatam al-Quran j-QAF yang melibatkan 291 responden tahun lima sesi 2016 di empat buah sekolah rendah di kawasan Bandar Baru Bangi. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 23.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden serta tahap pencapaian mereka dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan pencapaian dan perbezaan tahap pengamalan faktor pembelajaran berdasarkan jantina dan jenis sekolah. Hasil kajian mendapati pencapaian murid dari aspek gred pemarkahan berada di tahap yang cemerlang namun dari aspek khatam bacaan masih di tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan dari aspek jantina namun wujud perbezaan yang signifikan dari aspek jenis sekolah. Amalan faktor pembelajaran pula menunjukkan nilai min bagi faktor pengajaran guru dan faktor persekitaran berada pada tahap sederhana tinggi manakala amalan faktor ibu bapa dan faktor sikap berada di tahap sederhana rendah. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam amalan faktor pembelajaran dari aspek jantina. Tinjauan dari aspek jenis sekolah pula menunjukkan faktor guru, ibu bapa dan sikap tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan tetapi faktor persekitaran mempamerkan perbezaan yang signifikan. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pengajaran, pembinaan sikap murid serta penglibatan ibu bapa secara lebih aktif dalam pembelajaran al-Quran. Program j-QAF perlu diteruskan kerana ia berupaya melahirkan generasi yang berketerampilan dan celik al-Quran.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectal-Quran
dc.subjectj-Qaf
dc.subjectKhatam
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleFaktor pembelajaran dan kesan pencapaian murid dalam Model Khatam al-Quran j-Qaf, kajian di sekolah kebangsaan kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages160
dc.identifier.barcode003101(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98196+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.79 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.