Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459225
Title: Salah laku dalam Pemilihan Umum (Pemilu) di Indonesia dari sudut undang-undang jenayah Islam
Authors: Muhammad Al Mansur (P73336)
Supervisor: Abdul Basir Mohamad, Prof. Dr.
Keywords: Politik wang
Hukuman
Election law (Islamic law) -- Indonesia
Issue Date: 5-Jun-2017
Description: Salah laku dalam Pemilu (Pemilihan Umum) merupakan perbuatan jenayah atau perilaku yang tidak baik, banyak terjadi dalam pelaksanaan Pemilu di Indonesia, sama ada semasa pemilihan anggota Dewan Perwakilan Rakyat mahupun pemilihan Presiden dan Kepala Daerah. Walaupun terdapat banyak kes salah laku Pemilu di Indonesia yang ditangani oleh Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia tetapi kes tersebut semakin meningkat secara mendadak iaitu sebanyak 627 kes dalam tahun 2009 kepada 903 kes pada tahun 2014. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis salah laku dalam Pemilu di Indonesia dari sudut undang-undang Pemilu Indonesia dan undang-undang jenayah Islam. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti bentuk-bentuk salah laku dalam Pemilu menurut undang-undang Pemilu dan mengkaji kes-kes salah laku yang terjadi pada Pemilu tahun 2014. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah metode kajian kes, iaitu dengan mengumpulkan data hasil keputusan Mahkamah Agung yang berkaitan dengan salah laku dalam Pemilu tahun 2014. Data kes yang diperoleh dianalisis melalui pendekatan deskriptif. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa, bentuk salah laku dalam Pemilu atau perlanggaran yang terjadi dalam Pemilu di Indonesia antaranya ialah politik wang (money politic), petugas Pemilu yang menyeleweng dan menggelapkan hasil undi, penggunaan dokumen palsu, provokasi ketika berkempen, berkempen di luar waktu yang diberikan dan lain-lain. Daripada data kes keputusan Mahkamah Agung didapati 106 kes salah laku yang di adili oleh pengadilan di seluruh wilayah Indonesia. Manakala dari sudut undang-undang jenayah Islam, perbuatan salah laku dalam Pemilu di Indonesia mengandungi unsur-unsur khianat, rishwah (suap), ghulūl (penggelapan), ghibah (menceritakan hal orang lain), namimah (menebar fitnah) dan lainnya. Implikasi kajian ini mendapati bahawa, daripada segi hukuman, seluruh perbuatan salah laku dalam Pemilu di Indonesia ini termasuk dalam kategori hukuman takzir, dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh hakim di pengadilan Indonesia didapati bersesuaian dengan konsep hukuman takzir iaitu menjatuhkan hukuman penjara dan denda.,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 149
Call Number: BP158.E39M835 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98144+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.68 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.