Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459198
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHasnan Kasan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNorfarhana Othman (P57549)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:46:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:46:55Z-
dc.date.issued2013-01-20
dc.identifier.otherukmvital:85049
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459198-
dc.descriptionKesusahan dan kepayahan hidup wanita-wanita selepas bercerai sering kali dipaparkan kepada umum. Ini adalah disebabkan taraf hidup mereka akan menurun berbanding dengan bekas suami. Keadaan ini akan memberi kesan terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam kategori kurang berkemampuan atau miskin. Mereka memerlukan bantuan dari pelbagai aspek bagi meneruskan kehidupan. Kajian ini membincangkan jaminan-jaminan yang diberikan oleh syarak kepada perempuan bercerai dan pelaksanaannya oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti jaminan-jaminan yang telah ditetapkan oleh syarak kepada seseorang perempuan selepas berlakunya perceraian berdasarkan al- Quran, al-Sunnah dan pandangan para fuqaha; mengkaji pelaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah iaitu Mahkamah Syariah, Baitulmal dan Jabatan Zakat kepada golongan ini dan mengenal pasti keselarian pelaksanaan yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah dengan hukum syarak. Objektif ini adalah bagi menjawap persoalan: Apakah bentuk-bentuk jaminan yang diberikan kepada perempuan bercerai menurut syarak?; Apakah bentuk pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah dan sejauh manakah pelaksanaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah selari dengan jaminan yang diberikan oleh syarak?. Secara keseluruhannya, kajian ini adalah kajian penyelidikan kualitatif dengan menggunakan metod kajian kepustakaan, analisis dokumen dan temu bual bagi mengumpul data. Manakala data-data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif dan perbandingan. Hasil kajian mendapati bahawa syarak telah memberikan jaminan melalui kaedah nafkah dalam fiqh Islam. Manakala, Mahkamah Syariah telah memberikan jaminan dari sudut tuntutan harta yang boleh dibuat serta mengeluarkan dan menguatkuasakan sesuatu perintah tersebut tanpa memberikan pembiayaan atau bantuan yang berbentuk material meliputi tuntutan nafkah, mutaah, harta sepencarian, mas kahwin tertunggak, hutang, pusaka, pengecualian yuran prosiding mahkamah dan bantuan guaman percuma. Sedangkan bagi pihak Baitulmal dan Jabatan Zakat pula lebih menumpukan kepada jaminan dari sudut pembiayaan atau bantuan yang diberikan terus kepada golongan ini bagi memenuhi semua atau sebahagian nafkah diri seseorang individu yang meliputi makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan perubatan. Sebahagian besar daripada pelaksanaan yang dijalankan adalah menepati hukum syarak.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDomestic relations (Islamic law)
dc.subjectMalaysia
dc.subjectKelantan
dc.titleJaminan-jaminan syarak kepada perempuan bercerai dan pelaksanaannya oleh pihak berkuasa agama negeri Kedah
dc.typetheses
dc.format.pages146
dc.identifier.callnoBP158.D5N647 2013
dc.identifier.barcode002123
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_85049+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.