Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459157
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.
dc.contributor.authorAzhan Yusoff (P52506)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:16Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:16Z-
dc.date.issued2012-12-03
dc.identifier.otherukmvital:84597
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459157-
dc.descriptionAl-Quran adalah wahyu dari Allah SWT dan Hadith adalah apa yang datang dari Rasulullah SAW. Orang yang paling faham mengenai al-Quran dan Hadith adalah para sahabat RA. Ucapan sahabat disebut sebagai hadith mawquf atau athar. Para ulama mentafsirkan al-Quran antara lain berpandukan kepada hadith termasuklah hadith mawquf . Kajian ini bertujuan menjelaskan metode penggunaan hadith mawquf oleh Muhammad Said bin Umar dalam kitab Tafsir Nur al-Ihsan, memastikan status hadith yang digunakan dan mengemukakan pandangan ulama mengenainya. Untuk tujuan ini, satu kajian kepustakaan terhadap sekumpulan hadith mawquf yang berkaitan dilakukan dengan mengaplikasikan ilmu al-Takhrij. Penentuan terhadap status hadith mawquf tersebut adalah berdasarkan pandangan para mufassirin dan ahli hadith yang diperolehi dari kitab-kitab tafsir al-Quran dan kitab syarah hadith yang muktabar. Hasil kajian mendapati bahawa hadith mawquf merupakan satu sumber yang penting dan banyak digunakan dalam tafsir untuk memahami maksud ayat al-Quran. Namun begitu status hadith mawquf perlu dipastikan terlebih dahulu kerana ia sangat penting bagi memastikan kefahaman terhadap Islam tidak bercampur dengan unsur lain seperti isra'iliyyat. Kajian ini seterusnya menunjukkan sanad dan perawi sesuatu hadith itu sangat penting bagi memastikan kesahihannya. Kajian ini telah mengenalpasti sejumlah 14 hadith mawquf sahih, empat hadith mawquf hasan, 22 hadith mawquf dacif dan satu hadith mawquf yang belum dapat dipastikan statusnya; suatu penemuan yang dapat memudahkan pemanfaatan maksimum kitab ini. Penjelasan ini menunjukkan kepentingan kesahihan hadith dalam memastikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah terus kekal tulin sebagaimana disampaikan oleh Rasulullah SAW.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHadith-Texts
dc.titleMetode penggunaan hadith mawquf oleh Muhammad Said bin Umar dalam tafsir Nur al-Ihsan
dc.typetheses
dc.format.pages167
dc.identifier.callnoBP135.A3.A94 2012
dc.identifier.barcode001956
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84597+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.