Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459154
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIzziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Dr.
dc.contributor.authorSiti Zanariah Zakaria (P52107)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:45:08Z-
dc.date.available2023-09-13T07:45:08Z-
dc.date.issued2013-07-17
dc.identifier.otherukmvital:84564
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459154-
dc.descriptionPemerintahan Kerajaan Umawiyyah pada era Yazid b. cAbd al-Malik menyaksikan orak-arik berlaku secara berleluasa. Situasi ini menyebabkan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah menuju ke arah kelemahan dan kehancuran. Namun begitu, dasar pemerintahan Hisham b. cAbd al-Malik yang mewarisi tampuk pemerintahan daripada Yazid b. cAbd telah mengembalikan semula kegemilangan kerajaan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keberkesanan dasar pemerintahan Hisham b. cAbd al-Malik dalam usaha pengekalan kuasa Kerajaan Umawiyyah daripada mengalami kejatuhan kesan daripada dasar pemerintahan khalifah sebelum beliau, Yazid b. cAbd al-Malik. Selain itu, kajian ini turut meneliti situasi Kerajaan Umawiyyah sebelum era pemerintahan Hisham b. cAbd al-Malik. Di samping itu, kajian biografi Hisham b. cAbd al-Malik juga dilakukan secara tuntas. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif menerusi metode kajian sejarah dan analisis kandungan dengan melakukan penelitian terhadap karya-karya primer mahupun sekunder. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa terdapat empat pembaharuan dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh Hisham b. cAbd al-Malik, iaitu dari aspek pentadbiran, ekonomi, pembangunan bidang ketenteraan serta aktiviti pengukuhan kuasa. Dasar yang dilaksanakan oleh Hisham b. cAbd al-Malik telah berjaya menyelamatkan kembali situasi pentadbiran Kerajaan Umawiyyah daripada kehancuran ketika era pemerintahan beliau. Beliau berjaya membendung musuh-musuh Kerajaan Umawiyyah daripada menjayakan rancangan mereka untuk menguasai kerajaan tersebut. Selain itu, kajian ini mendapati Hisham b. cAbd al-Malik merupakan tokoh Umawiyyah terakhir yang berjaya mengekalkan keunggulan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah kerana usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau mampu melanjutkan tempoh keutuhan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah selama lebih kurang 20 tahun. Dalam tempoh hampir dua dasawarsa itu, Hisham b. cAbd al-Malik banyak melakukan pembaharuan dan penyusunan semula sehingga mampu memberi sumbangan yang amat besar kepada Kerajaan Umawiyyah serta sejarah dan tamadun Islam itu sendiri.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic Empire-History-661-750
dc.titleDasar pemerintahan Hisham b. 'Abd al-Malik dalam usaha pengekalan kuasa kerajaan Umawiyyah
dc.typetheses
dc.format.pages107
dc.identifier.callnoDS38.5.S588 2013
dc.identifier.barcode001937
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84564+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.