Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459149
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Idris Zakaria, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Hidayat Mahadi (P53116) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:44:55Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:44:55Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-01 | |
dc.identifier.other | ukmvital:84560 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459149 | - |
dc.description | Mahasiswa merupakan golongan intelektual. Kredebiliti mahasiswa dalam kepimpinan mempunyai hubungan dengan konsep Ketuanan Melayu. Namun begitu, kajian terhadap persepsi mahasiswa mengenai konsep Ketuanan Melayu masih kurang dilakukan oleh pengkaji lepas. Kajian terhadap Ketuanan Melayu didapati tidak membincangkan pandangan dan kefahaman mahasiswa secara terfokus terhadap kerelevanan Ketuanan Melayu berdasarkan isu-isu terkini yang diketengahkan. Tujuan kajian ini ialah untuk menganalisis pengetahuan mahasiswa terhadap perkara asas Ketuanan Melayu di Malaysia, menganalisis faktor penerimaan dan penolakan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap konsep Ketuanan Melayu, dan menganalisis tahap penerimaan mahasiswa serta kefahaman mereka terhadap konsep Ketuanan Melayu. Untuk tujuan itu, sejumlah 370 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2011/ 2012 telah dipilih sebagai responden, tanpa mengira latar belakang tahap akademik, agama, mahupun kaum. Kesemua instrumen pengutipan data telah dibina dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach Rash Model yang diperoleh bagi semua soal selidik adalah tinggi iaitu (>0.8). Data dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan juga peratus. Hasil kajian menunjukkan kefahaman dan pengetahuan konsep Ketuanan Melayu mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia berada pada tahap sederhana berdasarkan laporan skor min kajian. Berpandukan kepada skor min kajian juga, dapatan kajian mendapati faktor-faktor penerimaan dan penolakan mahasiswa terhadap konsep Ketuanan Melayu adalah sederhana. Dari sudut yang lain pula, penerimaan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap konsep Ketuanan Melayu tersebut menunjukkan penilaian berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhan, keadaan ini menunjukkan bahawa tahap kepekaan mahasiswa hari ini terhadap kepentingan konsep Ketuanan Melayu sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berada pada kategori sederhana.,Sarjana / Master | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Malays-Politics and government | |
dc.title | Persepsi mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia terhadap konsep ketuanan melayu di Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 143 | |
dc.identifier.callno | DS595.2.M35.M844 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001933 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84560+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.