Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459133
Title: Prospek pelantikan hakim wanita di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia
Authors: Fatimah Majemi (P70942)
Supervisor: Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hakim wanita
Mahkamah syariah
Sistem Kehakiman Islam
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 2-Aug-2016
Description: Pelantikan hakim wanita di mahkamah-mahkamah syariah di Malaysia masih menjadi polemik sehingga kini. Fenomena ini berlaku ekoran ketidakseragaman dari aspek penerimaan hakim wanita antara negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini bertujuan membincangkan kedudukan wanita dalam memegang jawatan hakim menurut perspektif syarak, menjelaskan bidang kuasa sedia ada dalam konteks perundangan Islam di Malaysia, dan justifikasi penerimaan dan penolakan pelantikan wanita sebagai hakim. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metod dokumentasi dan soal selidik yang dianalisa secara induktif dan deduktif. Hasil kajian menunjukkan majoriti negeri-negeri memberikan respon positif ke arah membenarkan wanita dilantik sebagai hakim di mana empat buah negeri telah membuat pelantikan dan empat negeri lain turut menyatakan hasrat untuk membuat pelantikan. Hanya dua negeri sahaja menyatakan penolakan pelantikan hakim wanita. Justifikasi semua negeri yang membenarkan pelantikan hakim wanita ialah terdapat pendapat syarak, fatwa kebangsaan dan negeri mengharuskan, kes di mahkamah syariah tidak melibatkan hudud dan qisas, dan tiada halangan undang-undang. Manakala justifikasi dua lagi negeri yang menolak pelantikan hakim wanita pula adalah kerana mereka berpegang kepada pandangan Jumhur ulama yang melarang wanita dilantik sebagai hakim. Selain daripada faktor-faktor tersebut, terdapat justifikasi lain yang menjadi faktor pendorong negeri-negeri ini memutuskan sedemikian. Namun, justifikasi-justifikasi yang diberikan responden adalah berbeza dan tidak konsisten antara satu negeri dengan negeri lain. Kajian ini memberi implikasi kepada pelbagai pihak khususnya Jawatankuasa Fatwa Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang memainkan peranan utama dalam menyelesaikan polemik pelantikan hakim syarie wanita dari sudut penentuan hukum syarak yang ingin digunapakai dan merancang susun atur sistem Kehakiman Islam di negara ini. Kajian ini juga membantu dalam memberikan informasi terkini berhubung situasi semasa isu pelantikan hakim syarie wanita dan memudahkan institusi kehakiman Islam di Malaysia membuat penilaian, seterusnya memutuskan satu solusi seragam bagi menyelesaikan polemik ini dari berterusan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 140
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84462+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
788.52 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.