Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459103
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Ridzuan Awang, Prof. Madya
dc.contributor.authorFarahwaheda Ab Rahman (P58362)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:09Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:09Z-
dc.date.issued2015-04-16
dc.identifier.otherukmvital:84169
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459103-
dc.descriptionHibah adalah antara langkah perancangan harta pusaka dan juga penjana ekonomi umat Islam di Malaysia. Pemberian hibah mampu mempercepatkan urusan pembahagian harta pusaka di kalangan orang Islam. Walaubagaimanapun, masih terdapat isu pengurusan hibah yang perlu dikaji seperti berkaitan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil, penarikan balik dan pembatalan hibah dan kesannya di bawah Seksyen 340 Kanun Tanah Negara 1965, isu pindahmilik pemegang amanah ke atas hibah hartanah dan isu pindahmilik pemberian hibah hartanah di bawah kategori tanah rizab melayu. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti serta menganalisa peruntukan-peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara 1965 mengenai aplikasi konsep hibah hartanah dan penerimaan perintah pengesahan hibah oleh Mahkamah Syariah di samping isu-isu hibah hartanah. Rekabentuk kajian ini adalah analisis kandungan dan temubual separa struktur bersama pegawai berkenaan di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati hibah hartanah boleh diaplikasi menurut Kanun Tanah Negara 1965. Perintah pengesahan hibah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah adalah diterima pakai oleh Kanun Tanah Negara menerusi seksyen 421A. Selain itu juga timbul kesukaran menentukan bidang kuasa di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil dalam hibah amanah (trust hibah) kerana elemen amanah (trust) adalah di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, manakala hibah di bawah bidang kuasa mahkamah syariah seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen negeri-negeri. Implikasi kajian mencadangkan agar diwujudkan satu statut khas mengenai hibah harta alih atau harta tak alih bagi memperkemaskan lagi urusan pemberian hibah hartanah di Malaysia. Melalui perintah tersebut urusan pindahmilik akan dijalankan berikutan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.,Master / Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectHibah
dc.subjectInheritance and succession (Islamic law)-Malaysia
dc.titleIsu hibah hartanah dan aplikasi menurut Kanun Tanah Negara 1965
dc.typetheses
dc.format.pages88
dc.identifier.callnoBP158.I45.F345 2015
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84169+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
957.72 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.