Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459102
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorA'dawiyah Ismail, Dr.-
dc.contributor.authorNurul Akma Nordin (P58369)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:43:07Z-
dc.date.available2023-09-13T07:43:07Z-
dc.date.issued2015-09-04-
dc.identifier.otherukmvital:84168-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459102-
dc.descriptionKeberkesanan dakwah banyak bergantung kepada kemahiran yang ada dalam diri seseorang pendakwah. Antara kemahiran yang amat dititikberatkan adalah kemahiran insaniah. Namun, kegagalan pendakwah dalam menguasai elemen-elemen kemahiran insaniah akan menyebabkan kesukaran mencapai matlamat dakwah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan elemen-elemen kemahiran insaniah terhadap para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, mengkaji pelaksanaan Latihan Amali Dakwah non-Muslim di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, serta menganalisis kefahaman mengenai pelaksanaan elemen-elemen kemahiran insaniah oleh para pelajar dalam Latihan Amali Dakwah non-Muslim. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikumpul melalui instrumen soal selidik dan temu bual serta dianalisis secara deskriptif dan tematik. Seramai 58 orang pelajar di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan yang telah menghadiri program Latihan Amali Dakwah non-Muslim di Kampung Hendrop, Lojing, Gua Musang pada 28 April 2012 sehingga 3 Mei 2012 telah dipilih secara bertujuan sebagai responden. Hasil kajian mendapati terdapat enam elemen kemahiran insaniah merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, etika dan moral profesional serta kemahiran kepimpinan yang perlu diterapkan kepada pelajar. Di samping itu, kajian juga mendapati para pelajar telah mengaplikasikan keseluruhan elemen kemahiran insaniah dalam Latihan Amali Dakwah non-Muslim dengan pelbagai pendekatan. Pelaksanaan elemen kemahiran insaniah dalam Latihan Amali Dakwah non-Muslim dapat melahirkan pendakwah yang holistik dan berwibawa.,Master/Sarjana-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDakwah-
dc.subjectKemahiran Insaniah-
dc.subjectDa'wah (Islam)-
dc.titlePersepsi pelajar terhadap kemahiran insaniah dalam latihan amali dakwah non-Muslim di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM-
dc.typetheses-
dc.format.pages144-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84168+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.