Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459065
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zaini Nasohah, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Majidah Mokhtar (P62175) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:41:46Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:41:46Z | - |
dc.date.issued | 2016-05-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83912 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459065 | - |
dc.description | Setiap umat Islam adalah dituntut untuk sentiasa menitikberatkan aspek halal dalam pengambilan makanan dan penggunaan produk. Namun begitu, pada masa ini permasalahan berhubung aspek halal masih wujud akibat daripada kejahilan pengguna terhadap konsep penguatkuasaan halal dalam menangani permasalahan halal berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. Penguatkuasaan halal yang berkesan merupakan prasyarat penting ke arah mendidik masyarakat dan sekaligus memantapkan tadbir urus halal di Malaysia. Selain daripada itu, penguatkuasaan halal juga berupaya mencegah insiden penyalahgunaan logo dan perbahasaan halal yang menjadi punca kekeliruan status produk dan makanan halal di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji konsep penguatkuasaan halal berdasarkan undang-undang sedia ada di Malaysia. Dalam hubungan ini, kajian tertumpu kepada penganalisaan peruntukan undang-undang dan hukuman sedia ada di dalam Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 serta perbandingannya dengan APD 1972. Kajian ini dilaksanakan melalui metode kualitatif dengan merujuk bahan bacaan serta peruntukan undangundang di dalam APD 2011 dan APD 1972. Seterusnya, analisa data dilakukan secara deduktif dan perbandingan dengan mengambilkira aspek aplikasi praktikal serta pandangan fuqaha'. Hasil kajian mendapati penguatkuasaan halal di bawah peruntukan APD 2011 berupaya menangani sebahagian besar permasalahan halal di Malaysia. Selain itu, ia juga telah memantapkan tadbir urus halal dengan menyelesaikan masalah kekurangan pembuktian yang dihadapi oleh APD 1972. Sebagai salah satu instrument kawalan, penguatkuasaan APD 2011 mampu menghilangkan keraguan masyarakat terhadap produk makanan halal yang ada di pasaran dengan lebih berkesan serta mendisiplinkan komuniti perdagangan di Malaysia supaya lebih peka dan bertanggungjawab dalam persoalan halal dan haram. Peruntukan di dalam pindaan APD 2011 mampu menjadi jawapan kepada permasalahan jangka masa pendek penguatkuasaan halal di Malaysia. Namun, untuk memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan halal serta membina kemampuan global yang bersifat jangka masa panjang, kajian ini mencadangkan supaya suatu akta khusus digubal oleh Kerajaan. Selain daripada itu, ke arah penambahbaikan berterusan beberapa langkah strategik juga perlu dilaksanakan oleh JAKIM meliputi aspek modal insan, amalan nilai, sistem, strategi dan struktur organisasi Bahagian Hab Halal, JAKIM. Melalui transformasi yang dilaksanakan adalah diharap agar rangka perundangan khusus dapat diwujudkan di bawah JAKIM/MAIN bagi meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan sistem pensijilan halal Malaysia ke persada dunia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Penguatkuasaan halal | |
dc.subject | Akta | |
dc.subject | Undang-undang | |
dc.subject | Kejahilan pengguna | |
dc.subject | Sistem pensijilan halal | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Penguatkuasaan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perihal Dagangan 1972 | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 120 | |
dc.identifier.barcode | 002459(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83912+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 711.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.