Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459056
Title: Metodologi pentafsiran Sayyid Ahmad bin Idris di dalam kitab “al-Fuyudat al-Rabbaniyyah bi tafsir bacd al-Ayat al-Qur"aniyyah”
Authors: Mohd Zarizi Fauzan Alias (P60392)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Metodologi pentafsiran
Sayyid Ahmad bin Idris
Tafsir al-Qur'an
Tafsir ishari
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jul-2016
Description: Kitab tafsir Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Bacd al-Ayat al-Qur"aniyyah adalah sebuah karya tafsir peninggalan seorang tokoh tasawuf yang tidak asing lagi iaitu Sayyid Ahmad bin Idris. Penafsiran beliau ini suatu masa dahulu pernah dikritik oleh para fuqaha" cAsir kerana tafsirannya dianggap tidak mengikut kaedah bahasa Arab dan menyeleweng dari maksudnya pada sudut bahasa. Namun begitu, kewujudan kitab tafsir ini masih begitu asing dan kurang mendapat perhatian untuk dikaji. Oleh itu, pengkajian terhadap kitab tafsir ini akan menyingkap nilai keilmuan Sayyid Ahmad bin Idris di samping memberikan alternatif kepada masyarakat untuk lebih mudah memahami pentafsiran ahli sufi yang selalunya dianggap mentafsirkan al-Quran dengan takwilan dan ibarat yang mendalam serta sukar difahami. Justeru itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk memperkenalkan ketokohan Sayyid Ahmad bin Idris sebagai seorang mufassir al-Quran yang hebat selain memperkenalkan kitab tafsir Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Bacd al-Ayat al-Quraniyyah ini kepada umum. Di samping itu, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti metodologi-metodologi penafsiran al-Quran yang terkandung di dalamnya. Malahan kajian ini juga turut menganalisa kemusykilan yang wujud di dalam tafsir ini. Kajian ini merupakan sebuah kajian penelitian kepustakaan yang melibatkan penganalisaan dan pengumpulan data maklumat. Penganalisaan data melalui metode induktif dan deduktif digunakan untuk menghasilkan kenyataan rumusan yang menepati kehendak perbahasan tajuk dan tema-temanya. Manakala metode historis juga diaplikasikan untuk meneliti dan menganalisa segala fakta berunsur sejarah yang telah diperolehi. Selain itu, beberapa pentafsiran ayat pula telah dipilih dan dianalisis menggunakan metode deskriptif agar gambaran umum berkenaan metodologi tafsir ini dapat dihuraikan secara jelas dan terperinci. Hasil kajian mendapati tafsir Al-Fuyudat al-Rabbaniyyah Bi Tafsir Bacd al-Ayat al-Quraniyyah ini merupakan sebuah tafsir yang maqbul serta menepati garis panduan penafsiran yang telah ditetapkan oleh para ulama. Pentafsiran isharinya juga tidak menyeleweng walaupun terdapat sedikit pentafsiran yang menyentuh berkenaan hakikat Nur Muhammad. Malah kewujudan metode pentafsiran al-mathur di dalamnya dilihat telah menaikkan lagi nilai tafsir ini. Di samping itu, kajian ini juga turut membuktikan keahlian Sayyid Ahmad bin Idris dan ketokohannya dalam bidang penafsiran al-Quran. Implikasi kajian mencadangkan agar tafsir ini dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan dalam bidang tafsir di universiti-universiti dan di peringkat pengajian awam khususnya pengajian tafsir ishari.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 211
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83717+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
710 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.