Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459035
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFadlan Mohd Othman, Dr.-
dc.contributor.authorNur Afifi Alit (P74565)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:42Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:42Z-
dc.date.issued2016-04-25-
dc.identifier.otherukmvital:83695-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459035-
dc.descriptionBidang sejarah sering dijadikan fokus perbincangan di sisi musuh para Sahabat seperti Syiah, melihat kepada intipatinya yang pelbagai dan jarak masanya yang panjang, selain sikap bermudah-mudah mereka yang mengambil apa-apa yang terkandung di dalam buku-buku sejarah tanpa penelitian dan pengamatan terhadap keabsahannya. Perkembangan ini dieksploitasi oleh Syiah dalam mengaitkan seorang Sahabat agung, cAmru ibn al-cĀs, dengan tuduhan yang melampau berdasarkan pendirian yang diambilnya dalam peperangan Siffin pada zaman pemerintahan cAli. Akibatnya, sebahagian masyarakat terpengaruh dengan tuduhan itu, lalu menolak riwayat cAmru ibn al-cĀs dan menggolongkannya di antara mereka yang gugur keahlian untuk meriwayatkan hadis. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menjernihkan biografi cAmru ibn al-cĀs selain mengenalpasti pendiriannya ketika berhadapan isu fitnah pada zamannya. Juga, ia bertujuan untuk membuktikan keahlian sebenar cAmru ibn al-cĀs, terutama dalam bidang hadis dengan mengkajinya melalui sudut keabsahannya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan semasa mengumpul data, selain menggunakan metode tematik, deduktif dan induktif ketika menganalisis data yang diperoleh. Sumber rujukan utama melibatkan riwayat cAmru ibn al-cĀs yang terkandung di dalam al-Kutub al-Tiscah, selain kitab-kitab hadis dan sejarah sebagai sokongan, antaranya, Tuhfat al-Asyraf oleh al-Mizzi. Kajian ini menemui beberapa rumusan, antaranya sikap bijak cAmru ibn al-cĀs yang dilakukan berdasarkan ijtihad beliau dalam mendepani peristiwa fitnah yang berlaku. Juga, kesungguhan pihak Syiah dalam menggunakan pelbagai cara untuk meruntuhkan kredibiliti Sahabat dan merampas kepercayaan umat terhadapnya walaupun keraguan yang dibangkitkan itu batil kerana mereka berpaut pada bukti yang diada-adakan dan menggunakan metodologi yang lemah serta jauh daripada metodologi mereka yang alim tentang Islam. Jumlah periwayatan cAmru daripada Rasulullah adalah sebanyak 12 Hadis tanpa pengulangan dan sebanyak 12 Hadis daripadanya mencapai status maqbul dan 6 Hadis dianggap mardud. Tambahan pula, periwayatan beliau telah mencakupi pelbagai lapangan ilmu, memperlihatkan kesanggupan para perawi yang thiqah, untuk mengambil hadis daripadanya. Dapatan ini menunjukkan signifikan yang besar dalam menyambung usaha mempertahankan Sahabat dan membersihkan mereka daripada kecelaruan fakta yang ditimbulkan oleh golongan Syiah, namun usaha ini memerlukan perhatian yang lebih daripada pertubuhan dan badan-badan Islam bagi mendapatkan hasil yang lebih efektif.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectcAmru ibn al-cĀs-
dc.subjectIsu fitnah-
dc.subjectAl-Kutub al-Tiscah-
dc.subjectSyiah-
dc.subjectIjtihad-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlecAmru ibn al-cĀs dan marwiyyāt-nya dalam al-Kutub al-Tiscah-
dc.typetheses-
dc.format.pages312-
dc.identifier.barcode002433(2016)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83695+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.