Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459033
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Roziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Ahmad Sobrie Haji Ab Rahman (P72375) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:40:37Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:40:37Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-30 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:83693 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459033 | - |
dc.description | Kajian ini bertitik tolak daripada kenyataan yang diutarakan oleh Ihsanoglu, Ayduz dan Bicer yang melaporkan bahawa dawlah cUthmāniyyah pada era Sultan Suleymān I telah berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang sains dan teknologi kerana mampu menghasilkan banyak karya serta inovasi dalam pelbagai cabang sains dan teknologi. Kenyataan ini memberi gambaran terdapatnya transformasi yang ketara dalam pelbagai bidang sains dan teknologi. Justeru, kajian ini dilakukan untuk menentukan sejauh mana kesahihan pandangan mengenai perkembangan sains dan teknologi era Sultan Suleymān I. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti latar belakang sejarah pemerintahan Sultan Suleymān I, mengkaji perkembangan sains dan teknologi sebelum dan semasa era Sultan Suleymān I dan menganalisis transformasi sains dan teknologi yang berlaku era Sultan Suleymān I. Dengan menggunakan kajian kualitatif berteraskan kajian sejarah dan analisis kandungan, data kajian ini dikumpulkan menerusi kaedah tekstual. Manakala analisis dilakukan menggunakan pendekatan tematik dan deskriptif. Hasil kajian mendapati, perkembangan sains dan teknologi telah berlaku sebelum dan semasa era Sultan Suleymān I. Kajian juga menunjukkan berlaku transformasi dalam bidang matematik khususnya aritmetik ialah berkaitan sistem siyāqāt dan metode Napier's bones. Transformasi dalam bidang matematik khususnya geometri pula berkaitan gabungan kaedah-kaedah matematik yang diguna pakai oleh Jamshīd al-Kāshī's dan cAlī Qūshjī dalam karya Mīrīm Celebī. Transformasi dalam bidang perubatan pula dilihat menerusi gabungan elemen perubatan Islam dengan perubatan Barat, ciptaan ubat-ubatan baharu seperti Mesir, terapi muzikal dalam rawatan gigi dan penubuhan Kompleks Suleymāniye. Dalam bidang geografi dan kartografi pula, transformasi yang ialah pengenalan garisan imbang dalam lakaran peta, penggunaan wind roses, penggunaan skala yang lebih besar pada peta dan lakaran miniatur pada peta. Manakala transformasi dalam bidang kejuruteraan pula ialah transformasi berkaitan pembinaan kubah, pencahayaan dalam masjid, sistem akustik, pengawalan jelaga, penggunaan telur burung unta untuk menghalau serangga, pembinaan Kompleks Suleymāniye, modifikasi mesin pengangkut air dan jam astronomi berkuasa mekanikal. Kajian ini memberi implikasi khususnya bagi menerokai kegemilangan sains dan teknologi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Dawlah cUthmāniyyah | - |
dc.subject | Sultan Suleymān I | - |
dc.subject | Sains dan teknologi | - |
dc.subject | Transformasi | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Transformasi sains dan teknologi dawlah cUthmāniyyah era Sultan Suleymān I (1520M-1566M) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 155 | - |
dc.identifier.barcode | 002431(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83693+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 372.1 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.