Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459031
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamri Arifin, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Mohammad Abdillah Samsuiman (P72843) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:40:33Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:40:33Z | - |
dc.date.issued | 2016-08-12 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83691 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459031 | - |
dc.description | Guru merupakan antara faktor kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Walau bagaimanapun pendidikan berkualiti bukan hanya bergantung kepada guru semata-mata, tetapi faktor kecenderungan minat pelajar juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kualiti diri guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah, tahap kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru bahasa Arab di dalam bilik darjah serta kecenderungan minat pelajar terhadap bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Dalam kajian kuantitatif, kaedah tinjauan dipilih dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian ini melibatkan 369 orang responden dalam kalangan pelajar SMKA dari 4 buah SMKA di Negeri Kedah. Data dianalisis menggunakan SPSS 11.5 serta dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min sahaja. Hasil kajian mendapati bahawa kualiti diri guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah adalah berada pada tahap yang tinggi (84.6%), manakala kualiti PdP guru pendidikan bahasa Arab dari perspektif pelajar SMKA Negeri Kedah adalah berada pada tahap yang sederhana (83.2%). Kajian juga mendapati bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap bahasa Arab adalah positif (89.7%). Walau bagaimanapun terdapat beberapa tanggapan negatif perlu diperbetulkan. Implikasi kajian mendapati bahawa terdapat beberapa aspek tertentu yang masih perlu diberi perhatian serta boleh ditingkatkan terutamanya dalam proses PdP. Di antaranya, guru haruslah mencari inisiatif agar aktiviti PdP di dalam kelas lebih berkesan dengan mempelbagaikan teknik dan kaedah PdP bagi mengelakkan proses tersebut menjadi suatu yang membosankan. Pelajar pula haruslah membetulkan tanggapan negatif mereka terhadap bahasa Arab bagi menjamin proses PdP berjalan dengan sempurna. Kajian lanjutan perlu diperluaskan berdasarkan penilaian oleh guru sendiri untuk mendapatkan perbandingan dan perbezaan yang boleh mengesahkan lagi dapatan kajian yang diperolehi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Guru | |
dc.subject | Bahasa Arab | |
dc.subject | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah | |
dc.subject | Kualiti diri | |
dc.subject | Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kualiti diri guru serta pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab daripada perspektif pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 161 | |
dc.identifier.barcode | 002429(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83691+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 726.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.