Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459027
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr. | |
dc.contributor.author | Noor Aimah Md Isa @ Haron (P73424) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:40:24Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:40:24Z | - |
dc.date.issued | 2016-06-15 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83688 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459027 | - |
dc.description | Dunia globalisasi kini menyaksikan peningkatan bilangan pesakit mental dalam kalangan wanita berkerjaya berpunca daripada konflik dalam menyeimbangkan antara tuntutan kerjaya dan keluarga. Ia dilihat semakin membarah apabila menerima ujian kelahiran anak kurang upaya (OKU). Kondisi ini memerlukan penyelesaian yang tepat dan tuntas bercirikan syariat Islam. Oleh itu kajian ini bertujuan membincangkan konsep psikoterapi menurut perspektif al-Quran, mengenal pasti faktor-faktor tekanan wanita berkerjaya yang memiliki anak OKU dan mengkaji pendekatan psikoterapi al- Quran sebagai satu tawaran solusi yang berdaya guna dalam menangani isu tekanan tersebut. Kajian ini adalah kajian kualitatif. Manakala pengumpulan data dilakukan melalui analisis kandungan daripada sumber-sumber seperti kitab-kitab tafsir dan hadis, buku, jurnal dan artikel. Bagi menyokong hasil dapatan kajian kepustakaan, temu bual terhadap tiga orang tokoh dalam bidang wanita, bidang psikologi dan bidang tasawuf dijalankan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati konsep psikoterapi al-Quran menyasarkan dimensi mental, spiritual, fizikal dan akhlak manusia sebagai sasaran penyembuhannya. Faktor peribadi, faktor psikologi dan faktor persekitaran adalah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan wanita berkerjaya yang memiliki anak OKU. Metode psikoterapi al-Quran merangkumi elemen iman, praktik ibadah dan tasawuf mampu memperkasa pembinaan jiwa, menambah subur kualiti amalan serta membentuk nilai keperibadian yang tinggi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa psikoterapi al-Quran berupaya memulihkan semangat dan meringankan tekanan bagi memastikan pembangunan jiwa dapat dipertingkatkan dan dimantapkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Psikoterapi al-Quran | |
dc.subject | Wanita berkerjaya | |
dc.subject | Anak kurang upaya | |
dc.subject | Pembangunan jiwa | |
dc.subject | Tekanan | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pendekatan psikoterapi al-Quran terhadap wanita berkerjaya yang memiliki anak kurang upaya | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 204 | |
dc.identifier.barcode | 002425(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83688+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 451.25 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.