Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459026
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Adib Samsudin, Dr. | |
dc.contributor.author | Nuur Farhana Md Nordin (P62407) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:40:22Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:40:22Z | - |
dc.date.issued | 2016-07-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:83687 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459026 | - |
dc.description | Hubungan ulama dengan institusi pendidikan tidak dapat dipisahkan. Peranan mereka sebagai pengasas mahupun tenaga pengajar dapat dilihat melalui penubuhan sekolah-sekolah, pondok dan madrasah. Maahad Darul Quran (MDQ) misalnya, merupakan sebuah madrasah yang ditubuhkan hasil daripada perjuangan pelajar-pelajar al-Azhar yang menginginkan pendidikan Islam terbela daripada sebarang anasir sekular. Salah seorang pelajar al-Azhar yang menjadi tonggak kepada penubuhan MDQ adalah ulama yang tidak asing lagi iaitu Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Penubuhannya bermula sebagai sebuah Masjid Rusila yang semakin mendapat tempat oleh masyarakat dengan pengisian kuliah agama. Kini MDQ telah dikenali dan kejayaannya dalam melahirkan produk graduan berkualiti menarik minat pengkaji untuk mengkajinya. Disebabkan kajian mengenai ketokohan Abdul Hadi Awang selaku pengasas dan pendidik di MDQ masih belum dilakukan kajian menyeluruh maka, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperibadian dan ketokohan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di samping meneliti sumbangan beliau kepada penubuhan dan perkembangan MDQ. Reka bentuk kajian ini merupakan kajian biografi. Pengumpulan data dilakukan melalui temubual dan analisis kandungan. Mereka yang ditemu bual ialah Tuan Guru sendiri, Zainab Awang, Ustaz Yasin Salleh, Ustaz Hamzah, Raihanah dan Dr. Abu Bakar. Analis data dijalankan dengan merujuk kepada segala bahan bacaan mengenai Tuan Guru, buku-buku karya beliau seperti 25 Tahun Kepimpinan Ulama: Membangun Bersama Islam, Sumbangan PAS dalam Pendidikan di Malaysia dan dapatan daripada hasil temu bual. Data yang diperoleh daripada sumber tersebut kemudiannya ditranskrip dan diinterpretasi mengikut objekif kajian. Melalui deskripsi data, semua data telah dikelaskan, dianalisis dan dikarang dalam bentuk penceritaan melalui kajian kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terkenalnya MDQ adalah disebabkan peranan utama beliau sebagai pengasas, pendidik dan penasihat MDQ. Perjuangan beliau berbaloi apabila MDQ berjaya melahirkan ramai graduan yang berjaya dalam bidang masing-masing. Pengorbanan ini menjadi bukti kepada sumbangan beliau dalam bentuk spiritual dan pengaruhnya sehinggakan MDQ terkenal dengan namanya. Kini, peranan beliau sebagai penasihat MDQ digalas dengan sebaik mungkin bagi mengangkat nama MDQ di persada dunia di samping bantuan-bantuan lain yang memerlukan penglibatan beliau. Akhirnya kajian ini menonjolkan ulama sebagai tokoh penggerak kemajuan dan kecemerlangan pendidikan umat Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Abdul Hadi Awang | |
dc.subject | Maahad Darul Quran | |
dc.subject | Ulama | |
dc.subject | Pendidikan Islam | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Sumbangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada penubuhan dan perkembangan Maahad Darul Quran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 214 | |
dc.identifier.barcode | 002424(2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83687+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 339.82 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.