Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459025
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Dahlan Salleh, Dr.
dc.contributor.authorMoksam Yaakub (GP01754)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:20Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:20Z-
dc.date.issued2016-08-08
dc.identifier.otherukmvital:83686
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459025-
dc.descriptionD'Mart merupakan peruncitan di FELDA semenjak 1968 yang bervisikan untuk menawarkan kepelbagaian produk, harga yang kompetitif serta khidmat yang cemerlang. Antara misinya pula ialah memastikan kepuasan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan dengan menyediakan kepelbagaian barangan. Namun sehingga kini visi dan misi tersebut masih belum tercapai. Fizikalnya sendiri menunjukkan D'Mart masih tidak berbeza dengan kedai runcit yang lain. Bahkan terdapat rungutan pelanggan terhadap harga barangan yang mahal. Pada masa yang sama sumbangannya kepada masyarakat menjadi tanda tanya. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi masyarakat Gugusan Chini terhadap sumbangan D'Mart kepada masyarakat peneroka dan mengenal pasti persepsi masyarakat terhadap amalan etika perniagaan serta mencadangkan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatannya. Untuk mencapai tujuan tersebut pengkaji telah menjalankan penyelidikan secara analisa kandungan dan kajian kes iaitu melibatkan kajian kuantitatif dan kualitatif. Bagi mendapatkan data kuantitatif pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrument penyelidikan yang melibatkan 350 orang peneroka dan generasi FELDA serta 12 kakitangan D'Mart. Manakala temu bual dengan seorang Pengurus D'Mart dan pemerhatian diadaptasikan sebagai pengukuh dapatan kajian. Data dari soal selidik yang diperoleh, dianalisa secara diskriptif berdasarkan skala likert. Hasil kajian ini mendapati persepsi masyarakat terhadap sumbangan D'Mart masih berada pada tahap sederhana secara keseluruhan. Terdapat dua aspek yang mencapai tahap tinggi iaitu dalam aspek menyediakan kemudahan pembelian secara hutang yang telah menjadi budaya dalam kalangan peneroka. Kedua sikap tabah dan kesungguhan dalam kalangan kakitangan. Kajian juga mendapati terdapat keperluan penambahbaikan dalam aspek; (i) aspek pengetahuan bidang perniagaan (ii) penguasaan dan penghayatan fardu ain (iii) aspek komunikasi (iv) kecerian premis dan daya tarikan dan (v) pengkhususan kerja, ihsan dan adil kepada pekerja. Implikasi kajian ini dapat memberi peningkatan dalam aspek pengurusan dan khidmat pelanggan D'Mart.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPerniagaan D'Mart
dc.subjectPersepsi masyarakat
dc.subjectPeneroka FELDA
dc.subjectEtika perniagaan
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePersepsi masyarakat Gugusan Chini terhadap sumbangan dan etika perniagaan D'Mart
dc.typetheses
dc.format.pages236
dc.identifier.barcode002423(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83686+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
635.83 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.