Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459019
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurzafirah Haji Awang @ Kadir (P73322)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:40:06Z-
dc.date.available2023-09-13T07:40:06Z-
dc.date.issued2016-06-23
dc.identifier.otherukmvital:83680
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459019-
dc.descriptionBKNK merupakan salah satu bahagian di Negara Brunei Darussalam yang menggalas tanggungjawab mengurus konflik rumah tangga masyarakat Islam Brunei dengan menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat. Walau bagaimanapun, melihat kepada peningkatan angka perceraian di Daerah Brunei Muara, ia menunjukkan BKNK berhadapan dengan cabaran menyebabkan BKNK belum dapat merealisasikan salah satu objektif utamanya iaitu mengurangkan kadar perceraian. Objektif kajian adalah untuk mengkaji peranan BKNK dalam mengurus konflik rumah tangga di samping mengenal pasti cabaran yang dihadapi BKNK sepanjang pengendalian. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif melibatkan tempat lapangan, cawangan pusat BKNK Daerah Brunei Muara, melalui dua instrumen kajian iaitu analisis dokumen dan temu bual separa struktur dengan pemilihan sampel secara rawak bertujuan melibatkan sepuluh pegawai penasihat BKNK. Perolehan data dianalisis secara manual menggunakan prosedur program Atlas.ti dan dipaparkan secara tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa BKNK berperanan sebagai orang tengah dalam mengurus pasangan berkonflik. Sementara cabaran yang dihadapi BKNK diklasifikasikan kepada dua. Pertama, cabaran dari segi pengurusan konflik rumah tangga iaitu bidang kuasa terhad, tidak terdapat modul khas dalam pengendalian pasangan berkonflik, kurang aplikasi kaunseling, tugasan bertindih dan kes tertunggak. Kedua, cabaran dari segi pengurusan pasangan berkonflik iaitu ketidakstabilan emosi, salah tindak, tidak memberikan komitmen sepenuhnya dan nekad untuk bercerai. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penambahbaikan perlu dilakukan dari aspek pengurusan dan pengendalian pasangan berkonflik. Kajian lanjutan mencadangkan penyediaan suatu modul khas pengendalian konflik di BKNK agar pengurusan dan pengendalian pasangan berkonflik dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKonflik rumah tangga
dc.subjectMasyarakat Islam Brunei
dc.subjectDaerah Brunei Muara
dc.subjectPeranan BKNK
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengurusan konflik rumah tangga di Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga bagi Daerah Brunei Muara Negara Brunei Darussalam
dc.typetheses
dc.format.pages154
dc.identifier.barcode002415(2016)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83680+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
474.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.