Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459014
Title: Pemikiran Dawam Rahardjo dalam penafsiran ayat-ayat al-Qur'an
Authors: Rino Riyaldi (P67091)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Dawam Rahardjo
Pemikiran Islam
Penafsiran al-Qur'an
Tokoh modenis
Pemikir Muslim Indonesia
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 13-Apr-2016
Description: Dawam Rahardjo adalah seorang tokoh modenis dan pemikir Muslim di Indonesia yang juga terlibat dalam bidang penafsiran. Beliau telah memberikan sumbangan terhadap pemikiran Islam dan bidang penafsiran al-Qur'an, walaubagaimanapun pemikiran dan penafsirannya didakwa sesetengah pihak telah menyeleweng dan menimbulkan kontroversi. Kajian ini bertujuan memperkenalkan Dawam Rahardjo, mengkaji latar belakang pemikirannya dan juga mengenal pasti pembaharuan pemikiran beserta beberapa pemikiran beliau dalam penafsiran ayat-ayat al-Qur'an. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Analisis data dilakukan dengan menumpukan kajian terhadap karya-karya yang dihasilkannya berkenaan al-Qur'an. Pemerolehan data dari karya-karyanya amat diperlukan untuk membantu memahami dan menganalisis pemikirannya dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif, ekspanatori dan komperatif. Hasil kajian mendapati bahawa pemikiran Dawam Rahardjo telah dipengaruhi oleh pemikiran pemikir liberal. Selain itu pemikirannya juga turut dipengaruhi oleh penglibatannya dalam sebuah kelab diskusi bernama Limited Group yang bebas membincangkan pelbagai persoalan agama tanpa takut dicap keluar daripada kaedah-kaedah agama yang telah ditetapkan. Pengalaman dan pemerhatian beliau terhadap permasalahan sosial dan hukum juga mempengaruhi pemikirannya. Dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an, penafsirannya banyak menyalahi kaedah dan bercanggah dengan pendapat majoriti ulama, serta menimbulkan kontroversi, seperti penafsiran beliau dalam bidang akidah, sosial agama dan kemasyarakatan dan hukum hakam. Penafsiran beliau dalam bidang akidah iaitu konsep tauhid, makna Islam, syafa'at, kebebasan beragama dan kesempurnaan al-Qur'an. Dalam bidang sosial agama dan kemasyarakatan iaitu konsep negara Islam dan jihad. Dalam bidang hukum berkenaan riba, poligami, kesetaraan gender, pernikahan beza agama dan jilbab (tudung). Kajian ini memberi implikasi penting kepada umat Islam Indonesia khususnya dan Nusantara secara umumnya. Melalui kajian ini umat Islam akan mendapatkan penjelasan dan penerangan terhadap isu kontroversi yang timbul daripada penyimpangan penafsiran Dawam Rahardjo. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu kajian penting terhadap bidang tafsir demi menjelaskan pemahaman yang sebenar terhadap al-Qur'an.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 172
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83676+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
557.84 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.