Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459004
Title: | Keganasan siber menerusi facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” |
Authors: | Siti Nazifatulhayat Yusoff (P68742) |
Supervisor: | Muhamad Faisal Ashaari, Dr. |
Keywords: | Keganasan siber Serangan siber Musuh Islam Murtad Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 31-Dec-2015 |
Description: | Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah menjadikan alam siber sebagai salah satu medium dinamik untuk menyerang Islam yang boleh mencapai tahap mencederakan perasaan dan emosi umat Islam. Cara serangan ini boleh diklasifikasikan sebagai keganasan siber biarpun tanpa kerosakan fizikal. “Murtads in Malaysia and Singapore” merupakan Facebook yang boleh dikaitkan dengan keganasan siber kerana ia terdiri dari pendekatan semantik yang menyerang Islam dengan motif untuk membangkitkan kemarahan, menimbulkan prasangka dan mencetuskan konflik dengan memburuk-burukkan agama Islam. Oleh itu, objektif utama kajian ini ialah untuk mengkaji topik-topik serangan yang dilancarkan di Facebook tersebut yang boleh diklasifikasikan dengan “cyber terrorism”. Ia juga menganalisis pendekatan dan motif serangan terhadap Islam serta kekerapan elemen rasional dan emosional yang digunakan oleh admin laman ini dalam menyerang Islam. Kajian ini menggunakan analisis kandungan bagi menganalisis posting di facebook ini. Sampel kajian yang di ambil terdiri daripada 40 posting bermula dari bulan Januari sehingga April 2013. Kajian ini menunjukkan lima bentuk topik serangan yang sering dilakukan oleh kumpulan ini terhadap Islam, iaitu; Islam mendorong keganasan, hukum Islam bersifat kejam, penghinaan terhadap Allah S.W.T, penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W, dan penghinaan terhadap Islam. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan semantik dalam serangan melalui posting yang dikemukakan terdiri 47.5% melalui kenyataan benar, 27.5% separuh benar dan 25% kenyataan yang salah. Motif serangan ini adalah untuk membangkitkan kemarahan (37.5%), menimbulkan prasangka (32.5%) dan untuk mencetuskan konflik (30%). Dapatan juga menunjukkan posting yang terdiri elemen emosional berjumlah 24 posting (60%) berbanding elemen rasional hanya 16 posting (40%). Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa serangan siber terhadap Islam menggunakan pendekatan semantik adalah untuk mencapai matlamat musuh Islam. Oleh itu, badan-badan yang berwibawa dan umat Islam perlu memperhebatkan tindakan bagi memupuk kefahaman Islam yang sebenar dan menghalang orang Islam daripada dipengaruhi oleh serangan siber ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 106 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_83285+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 317.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.