Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458990
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Sunawari Long, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Hatib Ismail (P60387)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:08Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:08Z-
dc.date.issued2016-08-05
dc.identifier.otherukmvital:83007
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458990-
dc.descriptionKeadilan sosial merupakan salah satu perkara yang banyak diperdebatkan dan diperbincangkan oleh para pemikir barat mahupun Islam. Kemelut dan kepincangan di dalam masyarakat dari aspek ekonomi, politik, pendidikan dan penindasan terhadap pihak yang lemah terjadi apabila keadilan sosial tidak dapat ditegakkan dengan sebaiknya. Perkara yang melibatkan soal hak asasi manusia, cara menguruskan harta negara dan kebajikan sosial sering kali diutarakan dalam soal keadilan sosial. Dalam kerancakan ahli sarjana barat dan Islam membincangkan teori dan idea keadilan sosial, Mustafa al-Sibaci (1915-1964) seorang sarjana muslim moden datang dengan tulisan yang menyentuh sistem sosial dalam masyarakat. Kajian ini memfokuskan kepada konsep keadilan sosial dari perspektif pemikiran Mustafa al-Sibaci. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji latarbelakang kehidupan dan biografi Mustafa al-Sibaci. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan konsep keadilan sosial menurut Mustafa al-Sibaci mengenai hak asasi bagi manusia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menghuraikan konsep keadilan sosial menurut Mustafa al-Sibaci tentang kaedah menguruskan perbendaharaan Negara dan kebajikan sosial. Kajian bersifat kajian kepustakaan dengan menggunakan pendekatan kaedah analisis persejarahan dan kaedah analisis kandungan terhadap dalam karya-karya penulisan Mustafa al-Sibaci. Daripada hasil kajian dirumuskan bahawa Mustafa al-Sibaci datang dari latarbelakang keilmuan yang tinggi dan seorang ahli akademik yang berjaya dalam bidang ilmunya, beliau merupakan seorang aktivis sosial yang proaktif untuk membela Islam melalui penulisan dan kerjaya. Sebagai seorang sarjana muslim Mustafa al-Sibaci telah meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama dalam perbahasan beliau. Di samping itu beliau melihat pengalaman pemerintahan tamadun Islam terdahulu yang adil sebagai contoh pelaksanaan keadilan sosial. Menurut al-Sibaci, hak asasi bagi setiap individu yang harus dijaga dan dilindungi bagi menegakkan keadilan. Seseorang individu itu bebas untuk mendapatkan haknya dan juga bertanggungjawab memberikan hak kepada orang lain. Seterusnya perbincangan dilanjutkan mengenai bagaimana harta yang terkumpul dalam negara diuruskan. Mustafa al-Sibaci menggariskan panduan untuk menguruskan perbendaharaan negara berdasarkan asas Islam dan teladan daripada pemerintahan Islam terdahulu. Dalam hal kebajikan sosial, Mustafa al-Sibaci mengemukakan konsep yang sudah sedia wujud dalam Islam iaitu saling bantu-membantu, pembelaaan terhadap yang lemah, berkongsi kesenangan, dan tanggungjawab sesama masyarakat. Kajian ini diharap dapat memberi kefahaman kepada masyarakat tentang konsep keadilan sosial yang wujud dalam Islam melalui pemikiran Mustafa al-Sibaci.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectKeadilan sosial
dc.subjectMustafa al-Siba'i
dc.subjectHak asasi manusia
dc.subjectTamadun Islam
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleKonsep keadilan sosial Islam menurut Mustafa al-Siba'i
dc.typetheses
dc.format.pages113
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83007+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
403.09 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.