Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458989
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorAhmad Shafiq Mat Razali (P67066)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:39:06Z-
dc.date.available2023-09-13T07:39:06Z-
dc.date.issued2015-11-16
dc.identifier.otherukmvital:83006
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458989-
dc.descriptionMusabaqah Tilawah al-Quran mula berkembang di Malaysia pada tahun 1960 hasil cetusan idea mantan Perdana Menteri pertama iaitu YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Rentetan itu ia menjadi asas tertubuhnya jawatankuasa penganjuran Musabaqah Tilawah al-Quran di Malaysia. Tanah Arab terutama Makkah, Madinah dan Mesir dijadikan panduan dalam aspek alunan tarannum, kekemasan sebutan tajwid dan sifat huruf, suara dan sebagainya. Namun demikian, bermula pada tahun 1995, Musabaqah Tilawah al-Quran telah berubah wajah apabila sistem pemarkahan mula diperkenalkan. Ini menyebabkan bacaan qari dan qariah mula lemah dan bacaan menjadi hampir sama walaupun surah dan ayat yang diberikan berbeza. Hal ini dikesan apabila sistem yang digubal tersebut meninggalkan dan meminggirkan turath bacaan tarannum mengikut gaya kearaban atau berlahjah arabiyyah. Di samping itu, bacaan tersebut mula terarah kepada gaya bacaan yang direka-reka. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri tarannum berlahjah arabiyyah dengan menganalisis data tekstual yang diperolehi daripada kitab-kitab rujukan iaitu Alhan al-Sama' karangan Mahmud Sacdani, Nujum al-Asr al-Dhahabi Li al-Dawlah al-Tilawah karangan Nabil Hanafi, Abaqirah Tilawah Fi al-Qarn al-Ishrin karangan Shukri al-Qadi, Qitharah al-Sama' karangan Mahmud Tawfiq al-Kawli, al-Lahjah al-cArabiyyah Fi Qiraat al-Qur'aniyyah karangan Abduh al-Rajhi, Ibraz al-Macani Min Hirzi al-Amani karangan Abu Shamah, cAbd. al-Rahman dan buku rujukan tarannum di tanah melayu iaitu Buku Qawacid Tarannum, Cara Berlagu karangan Nik Jacfar Nik Ismacil dan Fannu Tilawah al-Quran karangan Wan Hilmi Wan Abdullah. Kajian ini menyentuh biodata johan qari dan qariah serta biodata tokoh-tokoh tarannum di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif melalui analisis kandungan seperti analisis dokumen, video, audio dan temubual tidak berstruktur dan disokong dengan data kuantitatif analisis soal selidik berdasarkan penilaian pakar tarannum. Hasil kajian menunjukkan bahawa Musabaqah Tilawah al-Quran bermula pada tahun 1960 melalui idea oleh mantan perdana menteri Malaysia dan ia terus berkembang sehingga ke hari ini. Manakala ciri-ciri tarannum berlahjah arabiyyah yang perlu dikuasai oleh qari dan qariah Malaysia ialah Sawt dan Lahn al-cArab, Lahjah cArabiyyah, Uslub al-cArab, Luknah al-cArab, Tacbir al-cArab. Secara keseluruhannya penguasaan qari dan qariah dalam bacaan al-Quran berlahjah arabiyyah berada di tahap sederhana tinggi disebabkan bacaan mereka tidak mencapai item dan spesifikasi ciri-ciri bacaan berlahjah arabiyyah sebagaimana yang digariskan oleh pakar-pakar tarannum.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectTilawah al-Quran
dc.subjectBerlahjah arabiyyah
dc.subjectBacaan tarannum
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleBacaan berlahjah arabiyyah dalam kalangan johan qari dan qariah peringkat kebangsaan Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages164
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83006+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
553.42 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.