Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458985
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRoziah Sidik @ Mat Sidek, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorNorshahidah Zakaria (P60425)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:38:58Z-
dc.date.available2023-09-13T07:38:58Z-
dc.date.issued2015-10-15-
dc.identifier.otherukmvital:83002-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458985-
dc.descriptionKajian ini bertitik tolak daripada kenyataan İhsanoğlu, yang menyebut mengenai perkembangan pesat bidang sains Islam era dawlah cUthmaniyyah yang berlaku pada awal abad ke-14M hingga penghujung abad ke-16M. Justeru, pengkaji melakukan kajian ini bagi mengesahkan kenyataan tersebut dengan mengemukakan bukti yang relevan. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan sejarah perkembangan sains Islam pada zaman dawlah cUthmaniyyah, menganalisis peringkat-peringkat perkembangan sains Islam pada zaman dawlah cUthmaniyyah dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sains Islam pada zaman cUthmaniyyah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif berteraskan kajian sejarah dan kajian analisis kandungan. Data bagi kajian ini dikumpul menerusi kaedah tekstual bagi membolehkan pengkaji menerangkan dan membuat interpretasi sendiri terhadap sesuatu maklumat yang diambil daripada sumber yang dirujuk. Analisis data pula dilakukan menggunakan pendekatan tematik dan pendekatan deskriptif. Pendekatan tematik digunakan untuk memperincikan mengenai tinjauan literatur. Manakala pendekatan deskriptif pula digunakan untuk membincangkan mengenai perkembangan sains Islam era dawlah cUthmaniyyah. Hasil kajian mendapati bahawa perkembangan sains Islam era dawlah cUthmaniyyah berlaku dalam dua fasa. Fasa pertama ialah era klasik yang bermula seawal abad ke-14M sehingga akhir abad ke-16M. Manakala fasa kedua pula, perkembangan sains Islam era dawlah cUthmaniyyah dikaitkan dengan pengaruh Eropah. Fasa ini bermula pada abad ke-17M. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat tiga peringkat perkembangan sains Islam era dawlah cUthmaniyyah iaitu peringkat aktiviti penterjemahan, peringkat komentar terhadap karya terdahulu dan peringkat penghasilan karya asli. Dari segi faktor pula, hasil kajian mendedahkan bahawa terdapat lima faktor yang membawa kepada perkembangan sains Islam era dawlah cUthmaniyyah iaitu adaptasi sistem pendidikan dan penyerapan intelektual dari kerajaan lain, sikap positif pemerintah, peranan orang perseorangan, polisi sains negara dan kolaborasi yang berlaku dalam kalangan para sarjana Turki dan non-Turki. Kajian ini memberi implikasi kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan subtopik sains Islam sebagai sebahagian daripada sukatan mata pelajaran dalam bidang Sejarah dan Tamadun Islam.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSains Islam-
dc.subjectDawlah Uthmaniyyah-
dc.subjectSejarah Islam-
dc.subjectPengaruh Eropah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePerkembangan sains Islam era Dawlah Uthmaniyyah-
dc.typetheses-
dc.format.pages85-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83002+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
799.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.