Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458971
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zamri Ariffin, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mariam Mat Daud (P42419) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:38:32Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:38:32Z | - |
dc.date.issued | 2014-01-05 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:81790 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458971 | - |
dc.description | Kajian ini membincangkan tentang aspek kreatif puisi Arab Saudi moden berkaitan isu wanita. Tema-tema moden ini telah menguasai pemikiran kebanyakan para pemuisi, justeru, mereka melontarkan idea dan permasalahan berkaitan tema tersebut dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan wanita. Secara umumnya, puisi Arab Saudi mempunyai keistimewaan berbanding puisi-puisi lain dengan ciri kesuciannya, komitmennya untuk menjelaskan peranan wanita muslim dan kesannya terhadap masyarakat Islam. Para penyair mengangkat martabat wanita dengan menjadikan mereka ini berkongsi membina ketamadunan Islam sejak penyatuan Kerajaan Arab Saudi pada tahun2391M sehinggalah era kontemporari ini. Era tersebut dianggap satu jangkamasa yang paling mencabar dalam sejarah Arab Saudi. Kajian ini bertujuan untuk meneliti kepelbagaian tema yang diselami oleh para penyair Arab Saudi berkaitan isu-isu wanita kontemporari. Untuk mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan metode analisis sastera dengan menelusuri beberapa antologi puisi Arab Saudi kontemporari kemudian mengkategorikannya, di samping menganalisis gaya bahasa dan meneliti intipati keseniannya. Kajian ini berusaha untuk mengambil pengajaran daripada lambakan hasil warisan yang dihasilkan oleh para penyair Arab Saudi kontemporari yang kreatif. Ia dilakukan dengan menyerlahkan perkaitan yang utuh antara pengaruh persekitaran Arab Saudi terhadap isu-isu yang dilontarkan dalam persada puisi dan sejauhmana kesinambungannya dengan perkembangan dan kemajuan yang dialami oleh individu dan masyarakat. Hasil kajian ini menunjukkan puisi adalah medium terpenting yang boleh digunakan oleh para penyair untuk menghadapi cabaran dan dakyah barat yang cuba mencalarkan imej wanita Arab muslim dan meruntuhkan gagasannya. Puisi Arab Saudi kontemporari mempunyai ciri-ciri dan gaya seni yang tinggi. Ia menyumbang kepada perkembangan sastera Arab Saudi kontemporari secara umum. Para penyair Arab Saudi mengungkapkan beberapa isu dan situasi masyarakat wanita masa kini. Puisi Arab Saudi juga meletakkan kedudukan wanita Arab Saudi muslim di tempat yang unggul berbanding wanita dalam kelompok masyarakat lain sehinggakan wanita Arab Saudi yang komited dengan agama dan hijabnya mampu memainkan peranan untuk merealisasikan harapan dan misi yang didambakannya dengan menghasilkan hasil kreativiti yang mampu bertahan merentasi zaman. Kajian ini memberi implikasi khususnya dari segi membetulkan isu-isu berkaitan peranan wanita dan kesannya kepada masyarakat Islam, menjelaskan pengaruh puisi jenis ini terhadap perkembangan kedudukan Islam yang didapati daripada puisi Arab Saudi yang menarik dan membaiki masyarakat, serta membantu dalam menjelaskan sifat yang membezakannya daripada sastera Islam kontemporari.,Ph.D. | - |
dc.language.iso | ara | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Imej wanita | - |
dc.subject | Puisi Arab Saudi | - |
dc.subject | Wanita Muslim | - |
dc.subject | Kontemporari | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Ṣurat al- mar′ah fi al-shicr al-sacūdī al-mucāṣir | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 270 | - |
dc.identifier.callno | PJ7519.W66.M347 2014 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 002280(2016) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81790+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 533.89 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.