Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458927
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | A'dawiyah Ismail, Dr. | |
dc.contributor.author | Rabiahtul Adauwiyah Arifin (P58427) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:37:04Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:37:04Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76799 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458927 | - |
dc.description | Islam amat menitikberatkan soal kelestarian alam sekitar. Justeru, ia telah menggariskan tanggungjawab kepada manusia untuk memakmur dan berinteraksi dengan alam sekitar bagi menjamin kelestariannya. Walau bagaimana pun, sebahagian masyarakat di Malaysia masih tidak melaksanakan peranan ini menyebabkan pengeksploitasian terhadap sumber alam tidak terkawal. Hal ini mengakibatkan bencana alam sering kali berlaku. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji konsep kelestarian alam sekitar dari perspektif Islam, mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat Islam terhadap kelestarian alam sekitar dan menganalisis pengaruh faktor pengalaman dan aktiviti agama terhadap kesedaran masyarakat tentang kelestarian alam sekitar. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dan data dikumpulkan melalui instrumen soal selidik ke atas 380 orang responden yang bekerja dalam bidang profesional dan bukan profesional daripada 292,000 orang di Daerah Hulu Langat. Data yang diperoleh, dianalisis dengan menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kajian ini juga menganalisis data dengan menggunakan teknik statistik inferensi iaitu analisis korelasi. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai tahap pengetahuan dan tahap kesedaran yang tinggi tentang konsep kelestarian alam sekitar yang digariskan oleh Islam. Manakala analisis hubungan di antara tahap kesedaran dan tahap pengetahuan masyarakat menunjukkan wujudnya kolerasi positif tetapi lemah (r = .383). Analisis hubungan di antara tahap kesedaran dan faktor pengalaman menunjukkan kolerasi positif yang kuat (r = .737), sementara hubungan di antara tahap kesedaran dan faktor aktiviti agama pula menunjukkan kolerasi positif yang sederhana (r = .661). Hasil pengaruh faktor pula menunjukkan kedua-dua faktor sememangnya mempengaruhi kesedaran masyarakat terhadap kelestarian alam sekitar berdasarkan min yang tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan pengetahuan, tahap kesedaran, faktor pengalaman dan faktor aktiviti agama dalam kalangan masyarakat memberi implikasi yang besar khususnya terhadap kelestarian alam sekitar.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu | |
dc.subject | Keluarga ideal menurut Islam | |
dc.subject | Keluarga ibu tunggal | |
dc.subject | Single mothers--Malaysia--Terengganu | |
dc.title | Pembentukan keluarga ideal menurut Islam dalam kalangan ibu tunggal di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 160 | |
dc.identifier.callno | HQ759.915 R334 2014 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76799+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.85 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.