Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458921
Title: Pembaharuan ketenteraan 'Uthmaniyyah pada era pemerintahan Sultan Selim III (1789-1807M)
Authors: Mohd Yusrizal Mohd Yunus (P57399 )
Supervisor: Ezad Azraai Jamsari
Keywords: Tentera Uthmaniyyah
Pemerintahan Sultan Selim
Turkey--History--Selim III
1789-1807
Issue Date: 2014
Description: Ketenteraan cUthmaniyyah mengalami kemerosotan sejak dari awal abad ke-17M. Kemerosotan ini menjadi semakin serius sehingga akhir abad ke-18M apabila pasukan tentera yang dihantar untuk menyelesaikan misi peperangan dengan tentera Eropah semakin mudah ditewaskan. Keadaan ini turut mempengaruhi pencapaian Kerajaan cUthmaniyyah dalam merencana aspek politik, ekonomi dan sosial. Namun begitu, polisi pemerintahan Sultan Selim III yang memerintah pada tahun 1789M telah berjaya mengubah tradisi cUthmaniyyah dengan memperkenalkan pembaharuan ala Barat dalam sistem ketenteraan dan pertahanannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneliti situasi semasa Kerajaan cUthmaniyyah pada akhir abad ke-18M, terutama menjelang pemerintahan Sultan Selim III, di samping mengkaji biografi dan sejarah pemerintahan Sultan Selim III dalam meneraju Kerajaan cUthmaniyyah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis proses pembaharuan ala Eropah yang diperkenalkan oleh Sultan Selim III melalui penubuhan Nizam-i Cedid. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi metode kajian sejarah dan analisis kandungan dengan melakukan penelitian terhadap karya-karya primer dan sekunder, khususnya yang berkaitan secara langsung dengan sejarah ketenteraan cUthmaniyyah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sultan Selim III berjaya melakukan pembaharuan secara menyeluruh terhadap jentera pentadbiran dan ketenteraan cUthmaniyyah walaupun mendapat penentangan. Sultan Selim III berjaya mengembalikan kekuatan ketenteraan cUthmaniyyah dengan menubuhkan sebuah pasukan tentera baru ala Barat yang dikenali sebagai Nizam-i Cedid. Di samping itu, Sultan Selim III juga berjaya menubuhkan insititusi dan akademi tentera serta mewujudkan kedutaan cUthmaniyyah yang pertama di Eropah. Sumbangan kajian ini dapat memberi kesedaran kepada umat Islam tentang kepentingan pembaharuan dan permodenan yang perlu ditekan dan diterapkan untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran negara berjalan lancar. Usaha pembaharuan ini adalah selaras dengan masa kini yang memerlukan inovasi dan pemodenan supaya tidak ketinggalan dengan pencapaian kemajuan pihak Barat. Namun, perubahan dan penerapan pembaharuan dari Barat ini perlu selari dengan pendekatan yang ditetapkan oleh Islam. Di samping itu, kajian ini dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang sejarah proses pembaratan pada zaman Sultan Selim III yang merupakan permulaan era pemodenan dalam dunia Islam.,Master/Sarjana
Pages: 160
Call Number: DR559 M849 2014 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76768+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.