Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458920
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMd. Nor Abdullah, Dr.
dc.contributor.authorNorazwa Ahmad Ramli (P62778)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:36:51Z-
dc.date.available2023-09-13T07:36:51Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:76767
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458920-
dc.descriptionMorfologi Arab mempunyai keunikannya yang tersendiri.Terdapat pelbagai proses dan bentuk dalam pembentukan perkataan dalam bahasa Arab dan al-ziyadah atau imbuhan adalah salah satu daripadanya. Kajian ini umumnya mengkaji penguasaan pelajar sarjana pengajian Islam terhadap al-Afcal al-mazidah iaitu kata kerja imbuhan dalam morfologi Arab. al-Afcal al-mazidah dipilih kerana para pelajar tidak dapat menguasai dengan baik proses pembentukan perkataan ini meskipun pelajar di peringkat sarjana muda. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan pelajar sarjana pengajian Islam terhadap huruf al-ziyadah dan pengkelasan al-Afcal al-mazidah sama ada dengan satu, dua atau tiga huruf al-ziyadah. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mengukur penguasaan mereka terhadap penggunaan al-Afcal al-mazidah yang tepat dalam sesuatu ayat dan menganalisis penguasaan mereka terhadap fungsi makna al-Afcal al-mazidah. Di samping itu juga, kajian ini bertujuan untuk menilai penguasaan mereka terhadap klasifikasi bentuk al-Afcal al-mazidah sama ada sebagai kata kerja lampau, kini, perintah dan kata terbitan di dalam teks seperti teks berita dan ayat al-Quran. Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif yang bersifat deskriptif melalui instrumen ujian. Kajian rintis telah dijalankan dan pengkaji juga merujuk kepada pensyarah kursus PPPZ 6013 dan 6023 (Bahasa Arab pengukuhan 1 dan 2) untuk menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai 90 orang pelajar sarjana pengajian Islam, UKM yang mengambil kursus PPPZ6013 dan 6023 pada semester 2 sesi 2012/2013 telah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian dianalisis melalui perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) secara deskriptif. Hasil kajian mendapati sebanyak 14.4 peratus pelajar berada di tahap amat baik dalam penguasaan al-afcal al-mazidah. Di samping itu, sebanyak 45.6 peratus pelajar berjaya menguasai al-afcal al-mazidah pada tahap baik dan merupakan peratusan tertinggi. Peratusan pelajar pada tahap memuaskan pula ialah 30.0 peratus. Selain itu, hanya 8.9 peratus pelajar yang lemah dalam penguasaan al-afcal al-mazidah dan 1.1 peratus sahaja berada di tahap amat lemah. Secara keseluruhannya majoriti pelajar sarjana pengajian Islam, UKM dapat mengenal pasti huruf al-ziyadah dalam al-afcal al-mazidah dan pengkelasannya serta klasifikasinya dalam bentuk kata kerja lampau, kini, perintah dan kata terbitan. Walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menguasai dengan baik penggunaan al-afcal al-mazidah yang sesuai dalam ayat dan fungsi maknanya. Lantaran itu, implikasi kajian ini ialah dapat memberi gambaran berkenaan tahap penguasaan pelajar sarjana pengajian Islam UKM terhadap morfologi Arab umumnya dan khususnya terhadap al-afcal al-mazidah. Hasil kajian ini juga memperlihatkan kepentingan penguasaan al-afcal al-mazidah dalam meningkatkan tahap penguasaan bahasa Arab.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectIlmu tarannum
dc.subjectKemahiran membaca dan menghafaz al-Quran
dc.subjectQur'an--Recitation--Study and teaching (Secondary)--Malaysia--Selangor
dc.titleTahap penguasaan ilmu tarannum dalam kalangan guru kelas khas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran di Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages125
dc.identifier.callnoBP131.6 Z837 2014 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76767+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.