Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458919
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ideris Endot, Dr. | |
dc.contributor.author | Khwar Izman Ismail (P57038) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:36:50Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:36:50Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:76699 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458919 | - |
dc.description | Pegawai Hal Ehwal Islam merupakan nadi utama penggerak institusi pentadbiran hal ehwal Islam di negara ini. Skop kerja Pegawai Hal Ehwal Islam hari ini berdepan situasi yang semakin mencabar dalam menguruskan hal ehwal Islam di Malaysia. Selain daripada perlu berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan persoalan agama, Pegawai Hal Ehwal berhadapan dengan harapan yang tinggi daripada masyarakat. Justeru itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah memperkenalkan kursus Diploma Pengurusan Islam yang merupakan kursus jangka panjang yang dirangka khusus dan diwajibkan kepada semua Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S41 yang baru dilantik. Kursus ini mengambil pendekatan konsep latihan secara menyeluruh berteraskan peningkatan profesionalisme dengan menekankan kepada aspek pembentukan dan pembangunan sahsiah. Bagaimanapun, suatu kajian perlu dilakukan terhadap modul dan kaedah yang digunakan bagi memastikan perlaksanaan kursus ini mampu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji bentuk modul kursus dan kaedah yang digunakan dalam perlaksanaannya. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan peserta terhadap kaedah perlaksanaanya seterusnya menganalisis perubahan sahsiah peserta dari aspek rohani, akal dan jasmani. Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor dipilih sebagai lokasi untuk melaksanakan kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan sebagai metode penyelidikan. Ia melibatkan kriteria pengumpulan data dan kriteria pengukuran data. Data dalam kajian ini dikumpul melalui dua teknik iaitu secara soal selidik dan analisis dokumen. Sebanyak 35 soal selidik dengan menggunakan Skala Likert telah diedarkan kepada responden dan diproses melalui Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) serta dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif iaitu suatu teknik yang digunakan untuk menghuraikan dan mempersembahkan data dalam bentuk taburan kekerapan yang merangkumi kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua responden dapat menerima dengan baik modul kursus Diploma Pengurusan Islam terutama sekali dalam meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan fungsi diri sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam. Responden menunjukkan penerimaan yang baik terhadap kaedah yang digunakan dalam melaksanakan modul kursus Diploma Pengurusan Islam. Perlaksanaan kursus ini turut memberi kesan yang baik kepada responden terutamanya dalam membentuk dan membangunkan sahsiah diri yang unggul. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada pihak ILIM dalam menghasilkan satu kerangka strategi baru atau menambahbaik strategi yang sedia ada agar sistem penyampaian perkhidmatan atau perlaksanaan program latihan dapat dibuat dengan lebih baik. Seterusnya, manfaat daripada program latihan yang dianjurkan oleh ILIM dapat memenuhi hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan bersahsiah mulia.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Sahsiah pegawai | |
dc.subject | Diploma Pengurusan Islam | |
dc.subject | Pegawai Hal Ehwal Islam | |
dc.subject | Islam--Functionaries--Employees--Training of | |
dc.title | Pembangunan sahsiah pegawai hal ehwal Islam melalui kursus Diploma Pengurusan Islam di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi, Selangor | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 1522 | |
dc.identifier.callno | BP185 K59 2014 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76699+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.