Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458880
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Faisal Ashaari, Dr.
dc.contributor.authorMohd Roska Mohamed Rasidek (P56895 )
dc.date.accessioned2023-09-13T07:35:35Z-
dc.date.available2023-09-13T07:35:35Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:75416
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458880-
dc.descriptionInstitusi masjid perlu berperanan dengan lebih berkesan bukan sekadar sebagai pusat ibadat tetapi sebagai institusi masyarakat yang mengambil kira keperluan masyarakat kontemporari. Peranannya perlu meliputi empat aspek iaitu sebagai pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat khidmat masyarakat dan pusat tumpuan masyarakat. Walau pun terdapat para pengkaji yang menyelidik tentang peranan masjid dalam masyarakat kontemporari, tetapi kajian-kajian itu tidak membincangkan secara komprehensif model dakwah masjid kontemporari. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti ciri-ciri model masjid kontemporari, menganalisis pandangan responden tentang peranan Masjid Negara berdasarkan cadangan model dakwah masjid kontemporari dan menganalisis kesesuaian Masjid Negara dengan cadangan model berkenaan. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mendapat data. Data dikumpul melalui soal selidik dan temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 30 orang responden dan mendapati nilai Alpha Cronbach yang tinggi dalam item pusat ibadat (0.862), pusat perkembangan ilmu (0.804), pusat khidmat masyarakat (0.806) dan pusat tumpuan masyarakat (0.783). Sampel soal selidik terdiri daripada 66 orang pelajar kelas pengajian dewasa Masjid Negara, manakala temubual dijalankan dengan empat orang pegawai masjid. Hasil kajian mendapati Masjid Negara sudah mempunyai program dan prasarana yang sesuai dan telah memenuhi keperluan minimum model dakwah masjid kontemporari. Skor min yang paling tinggi bagi model dakwah Masjid Negara ialah masjid sebagai pusat tumpuan masyarakat iaitu (3.98), pusat ibadat (3.96), pusat perkembangan ilmu (3.92) dan pusat khidmat masyarakat (3.73). Hasil kajian turut menunjukkan lima aspek fizikal yang perlu dibuat penambahbaikan iaitu kemudahan orang kurang upaya, kemudahan tandas, perpustakaan yang lebih lengkap, kemudahan kelas pengajian dewasa dan kemudahan tempat letak kenderaan yang lebih luas. Kesemua kemudahan ini memberi implikasi yang besar khususnya dalam menaik taraf Masjid Negara sebagai model masjid kontemporari sesuai dengan statusnya yang bertaraf nasional.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectModel dakwah
dc.titleModel dakwah masjid kontemporari : kajian terhadap Masjid Negara
dc.typetheses
dc.format.pages137
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75416+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.95 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.