Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458868
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ermy Azziaty binti Rozali, Dr. | |
dc.contributor.author | Hashrul Niezam Abdul Haniff (P50563) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:35:12Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:35:12Z | - |
dc.date.issued | 2013-05-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74972 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458868 | - |
dc.description | Dawlah al-Umawiyyah adalah sebuah kerajaan Islam yang ditubuhkan setelah pemerintahan khalifah al-Rashidin. Penubuhan dawlah ini menjadi model dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran seperti Diwan al-Barid, Diwan al-Rasail dan lain-lain oleh dawlah yang seterusnya. Tempoh pemerintahan 90 tahun memberi peluang kepada pengkaji untuk mengkaji dan menilai kejatuhan Dawlah al-Umawiyyah. Kajian ini dibahagi kepada dua bahagian utama, iaitu pengenalan terhadap susur galur keturunan Dawlah al-Umawiyyah dan penilaian terhadap faktor-faktor kejatuhannya. Justeru, kajian ini membincangkan susur galur keturunan Dawlah al-Umawiyyah dan penilaian terhadap faktor kejatuhan kerajaan tersebut. Tumpuan terhadap susur galur keturunan Dawlah al-Umawiyyah memberi gambaran terhadap aspek pemerintahan serta pemerintahan Dawlah al-Umawiyyah. Penilaian terhadap faktor kejatuhan adalah penting untuk menjelaskan kelemahan beberapa sistem pentadbiran dan polisi Dawlah al-Umawiyyah. Kajian ini menggunakan metode kajian kepustakaan atau kualitatif. Menerusi pengumpulan data, pengkaji menggunakan analisis kandungan untuk menjalankan kajian. Analisa dokumen juga digunakan dengan mengupas dan meneliti subjek sumber berkaitan kajian untuk menyokong data yang dikemukakan. Fakta dan analisa didapati daripada analisis deskriptif, iaitu pengelompokan sekumpulan unsur yang dilihat sebagai pembentuk suatu bidang persoalan yang ada. Setiap faktor kejatuhan dawlah dikaji dan dinilai dengan teliti. Hasil daripada penilaian terhadap faktor-faktor kejatuhan tersebut, pengkaji mendapati terdapat beberapa aspek sistem pemerintahan dan pentadbiran Dawlah al-Umawiyyah yang tidak menepati sistem pemerintahan Islam. Penggunaan wang, pengamalan casabiyah melampau dan perebutan jawatan melemahkan pemerintahan Dawlah al-Umawiyyah. Faktor utama kelemahan tersebut ialah pemilihan khalifah yang tidak menggunakan polisi syura yang sebenar. Kesan daripada pengamalan ini mendorong kepada kemunculan faktor lain seperti pergolakan keluarga al-Umawiyyah dan kelemahan dalam kepimpinan oleh khalifah Dawlah al-Umawiyyah. Berikutan kelemahan dalam beberapa sistem pentadbiran dan polisi pemerintahan kemudiannya membawa kepada kejatuhan Dawlah al-Umawiyyah.,Master | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Faktor Dalaman Kejatuhan Dawlah Al-Umawiyyah | |
dc.subject | Kejatuhan Dawlah Al-Umawiyyah | |
dc.subject | Penilaian Dan Pengajaran Dalam Kejatuhan Dawlah Al-Umawiyyah | |
dc.subject | Umayyad dynasty--History--661-750 | |
dc.title | Faktor Dalaman Kejatuhan Dawlah Al-Umawiyyah : Penilaian Dan Pengajaran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 171 | |
dc.identifier.callno | DS38.5 .H347 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000484 | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74972+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.