Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458865
Title: Pengaruh Nazam Sebagai Media Dakwah: Kajian Dalam Kalangan Masyarakat Melayu Di Serkam, Melaka
Authors: Muhammad Arasz Salleh (P50524)
Supervisor: Ideris Endot, Dr.
Keywords: Pengaruh Nazam Sebagai Media Dakwah
Nazam Sebagai Media Dakwah
Penggunaan Nazam Dalam Media Dakwah
Music--Religious aspects--Islam
Issue Date: 17-Jan-2013
Description: Nazam memainkan peranan sebagai wasa'il dakwah dalam masyarakat Melayu yang telah menerapkan elemen-elemen kerohanian seperti berdoa, menjaga ibadah solat, galakan membaca al-Quran, sabar, reda, syukur dan tawakal. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis pengaruh aktiviti tradisional Islam ini dalam masyarakat. Pengaruh aktiviti ini dikaji dari tiga aspek iaitu amalan, kesan dan penghayatan di dalam masyarakat Melayu di Serkam, Melaka. Penyelidikan ini adalah kajian gabungan deskriptif dokumen kualitatif dan kuantitatif, yang direka bentuk secara kajian kes. Kajian kualitatif diadakan dengan sesi wawancara terhadap dua orang yang berpengalaman dalam bidang nazam, manakala kajian kuantitatif dilakukan dengan mengadakan borang soal selidik kepada responden berkenaan. Hasil data soal selidik diguna bagi melihat pengaruh Nazam sebagai medium dakwah di kalangan masyarakat Melayu di Mukim Serkam, Melaka. Seramai 52 responden telah dipilih dengan menggunakan persampelan rawak mudah untuk memenuhi keperluan kajian ini. Soal selidik yang disedia melalui kajian rintis mempunyai nilai Cronbach Alpha 0.93. Hasil kajian ini menunjukkan pengaruh Nazam sebagai medium dakwah di dalam masyarakat Melayu di Mukim Serkam adalah sederhana, iaitu 2.83 bagi konstruk pengenalan Nazam dan pengaruh yang tinggi, iaitu 3.87 bagi konstruk amalan, 3.73 bagi konstruk pengaruh dan 3.75 bagi konstruk penghayatan Nazam.,Master
Pages: 102
Call Number: BP190.5.M8 .M844 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74969+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.