Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458483
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorAniqah Azmi (P95454)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:25:19Z-
dc.date.available2023-09-13T07:25:19Z-
dc.date.issued11/05/2022-
dc.identifier.otherukmvital:130160-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458483-
dc.descriptionDatin Dr Siti Zalikhah Md Nor adalah bekas pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan bekas peguam yang beramal di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan. Bidang kepakarannya ialah Syariah dan Undang-undang Islam. Beliau banyak menerbitkan penulisan karya-karya ilmiah, pembentangan kertas kerja serta terlibat dalam pelbagai jawatankuasa kerajaan dan bukan kerajaan. Beliau wajar diangkat sebagai salah seorang tokoh wanita Muslim memandangkan keterlibatannya antara wanita yang terawal terlibat aktif dalam proses perkembangan undang-undang Islam di Malaysia. Namun begitu, belum ada kajian yang dilakukan mengenai ketokohan dan sumbangannya. Objektif kajian adalah mengkaji biografi dirinya dan sumbangan beliau dalam akademik serta perkembangan Undang-undang Islam di Malaysia. Metodologi kajian ialah analisis kandungan dan temubual separa berstruktur. Hasil kajian mendapati bahawa ketokohannya sebagai ahli akademik terbukti melalui sumbangan beliau dalam penghasilan karya ilmiah melalui penerbitan artikel jurnal mahupun buku-buku ilmiah dalam bidang undang-undang keluarga dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Dalam aspek sumbangannya dalam perkembangan undang-undang Islam di Malaysia pula dapat dibuktikan melalui penglibatannya yang aktif sebagai anggota Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, yang bertanggungjawab dalam mengkaji dan menyemak perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia. Selain itu, beliau juga bergerak aktif di peringkat kepimpinan wanita dalam pergerakan Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Implikasi kajian mencadangkan kajian-kajian ketokohan wanita Muslim di Malaysia perlu diteroka sebagai teladan kepada masyarakat dan generasi muda tentang sumbangan dan penglibatan srikandi Muslim di Malaysia.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectSiti Zalikhah Md Nor-
dc.subjectIslamic law-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleSumbangan Datin Dr Siti Zalikhah dalam perkembangan perundangan Islam di Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages138-
dc.identifier.callnoBP144.A726 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006719(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130160+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.