Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458478
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ustaz Hj. Kamaruddin Hj. Salleh | - |
dc.contributor.author | Hawasi Arsam | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:25:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:25:13Z | - |
dc.date.issued | 27/07/2011 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:68896 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458478 | - |
dc.description | Kajian ini memfokuskan kepada Parti Keadilan Sejahtera (PKS), sebuah parti Islam yang muncul di era reformasi di Indonesia pada tahun 1998, yang mempunyai visi dan misi baharu berbanding dengan parti-parti Islam yang lain, sama ada semasa Orde Lama, Orde Baharu mahupun era Reformasi. Kajian ini menganalisa peranan PKS terhadap generasi muda dan golongan intelektual yang merupakan bakal pemimpin negara di mas a hadapan. Hal ini bersesuaian dengan keprihatinan PKS terhadap pembinaan kader-kader yang berpotensi dan berakhlak mulia selari dengan visi dan misi PKS menerusi dakwah Islamiyyah. Objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pertumbuhan dan perkembangan PKS serta peranannya terhadap generasi muda dan intelektual. Ia juga bertujuan untuk mengkaji metode dakwah yang dilakukan oleh PKS dalam mencapai matlamatnya, serta bagaimana parti tersebut memahami konsep negara Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis kandungan di mana data-data yang diperolehi daripada dokumen-dokumen PKS serta tulisan-tulisan tokoh-tokohnya dan para pakar dianalisa dan kemudiannya disintesis. Data daripada hasil temubual dengan pemimpin-pemimpin parti serta ahli- ahli parti dari kalangan generasi muda juga turut digunakan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan PKS adalah sangat signifikan dan peranannya terhadap generasi muda dan intelektual adalah besar. Alasan bagi pencapaian ini ialah kerana PKS tidak mempertikaikan permasalahan pegangan yang dikatakan sekular yang dianuti oleh negara. Tujuan utama PKS ialah untuk membina masyarakat madani (sivil) di mana syariat Islam dapat diimplementasi secara individu dan tidak semestinya melalui penguatkuasaan negara. Kejayaan misi PKS terletak pada pembinaan generasi muda menerusi aktiviti dakwahnya dalam merealisasikan masyarakat sivil Islam. PKS tidak menekankan matlamatnya kepada realisasi sebuah negara Islam, bahkan kepada sintesis nilai-nilai Islam dalam undang-undang Indonesia sebagai pandangan umum negara.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Islam | - |
dc.subject | Indonesia | - |
dc.subject | Parti Keadilan Sejahtera | - |
dc.subject | Islam and politics -- Indonesia. | - |
dc.title | Peranan parti-parti Islam terhadap generasi muda dan intelektual: kajian kes terhadap Parti Keadilan Sejahtera(PKS) | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 327 | - |
dc.identifier.callno | JQ779.A578.H347 2011 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 001611 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
Peranan parti-parti Islam terhadap generasi muda dan intelektual kajian kes terhadap Parti Keadilan Sejahtera(PKS).pdf Restricted Access | 353.71 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.