Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458464
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorErmy Azziaty Rozali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMohd Hafiz Othman (P100290)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:25:00Z-
dc.date.available2023-09-13T07:25:00Z-
dc.date.issued04/04/2022-
dc.identifier.otherukmvital:130157-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458464-
dc.descriptionPada tahun 1913, kitab Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Uthmaniyah telah diterjemah ke dalam bahasa Melayu oleh Mufti Johor atas perkenan Sultan Ibrahim dan dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor yang mengandungi prinsip muamalat. Berdasarkan perkenan Sultan Ibrahim, kitab tersebut perlu disebarluaskan sebagai bahan rujukan di mahkamah Johor dan pegawai agama kerajaan. Kajian lepas mendapati penggunaan kitab tersebut adalah terhad dan terhalang di mahkamah Johor. Namun begitu, penggunaannya di Jabatan Agama Johor dan agensi di bawahnya masih belum dilakukan kajian secara komprehensif. Kajian ini bertujuan mengkaji sejarah hubungan antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Kerajaan Johor dari abad ke-19 hingga ke-20, meneliti pengaruh kitab Majallah al-Ahkam al-'Adliyyah terhadap kitab Majalah Ahkam Johor, menganalisis pengaruh kitab Majalah Ahkam Johor dalam bidang perundangan dan kehakiman di Kerajaan Johor dan menganalisis penggunaan kitab Majalah Ahkam Johor sebagai sumber rujukan di Jabatan Agama Johor. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif iaitu penelitian terhadap sumber primer dan sekunder. Penyelidikan dilakukan di Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Antara sumber primer yang dirujuk seperti fail Jabatan Agama Johor contohnya J/KAD2 72/34 dan J/UG1 881/36, fail Peribadi Mufti seperti P.M. 10/21 dan fail Pejabat Penasihat Undang-undang Johor seperti B.A.O K.1065/1918. Kajian ini penting bagi menjelaskan peruntukan undang-undang dalam Majalah Ahkam Johor diadaptasi oleh Jabatan Agama Johor untuk kepentingan masyarakat Islam. Hasil kajian mendapati peruntukan dalam Majalah Ahkam Johor telah dijadikan rujukan di Sekolah Agama Kerajaan Johor, Pejabat Mufti, Pejabat Kadi dan Mahkamah Kadi Syariah. Justeru, kitab Majalah Ahkam Johor sewajarnya diberi perhatian semula serta ditambahbaik kandungannya agar selari dengan sistem bahasa Melayu supaya dapat dijadikan bahan rujukan oleh badan perundangan kini.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectIslamic law -- Johor -- Management-
dc.subjectIslam and state -- Johor-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titlePengaruh dan penggunaan kitab Majalah Ahkam Johor dalam pentadbiran Islam di kerajaan Johor-
dc.typetheses-
dc.format.pages292-
dc.identifier.callnoKQBJ.M854 2022 tesis-
dc.identifier.barcode006716(2022)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130157+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.