Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458445
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Haidhar Kamarzaman, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Khairul Ikhwan Mohamed Nasir (P90002) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:24:43Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:24:43Z | - |
dc.date.issued | 08/03/2021 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:129589 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458445 | - |
dc.description | Al-Qadariyyah merupakan salah satu fahaman akidah yang muncul ketika di akhir zaman sahabat akibat daripada perselisihan dalam isu qadar. Pegangan utama al-Qadariyyah ialah seseorang hamba itu bebas menentukan perbuatannya tanpa qadar Allah. Al-Qadariyyah turut mendapat tentangan hebat daripada para Salaf al-Salih dan salah seorang daripadanya ialah Khalifah ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz. Beliau merupakan khalifah Bani Umayyah pada tahun 99 Hijrah hingga 101 Hijrah yang dikagumi kerana keadilannya dan peribadinya yang soleh. Beliau juga merupakan salah seorang ulama tabiin yang bijaksana serta memiliki kefahaman agama yang mendalam. Sewaktu beliau menjadi khalifah, antara fahaman batil yang perlu beliau tangani ialah al-Qadariyyah. Al-Qadariyyah mula dicetuskan oleh Maᶜbad al-Juhani di akhir zaman sahabat. Di zaman ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz, al-Qadariyyah diketuai oleh Ghaylan al- Dimashqi. Ketika itu, pemikiran akidah al-Qadariyyah telah berkembang dengan melahirkan pandangan-pandangan akidah yang baharu dalam pelbagai isu seperti isu ilmu Allah serta isu hidayah dan kesesatan. Al-Qadariyyah juga lebih cenderung mengamalkan manhaj akal secara melampau. Di samping mempunyai pengaruh yang semakin kuat dalam masyarakat Islam. ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz didapati berjaya menangani al-Qadariyyah, bahkan ketegasannya diakui oleh tokoh al-Qadariyyah, Ghaylan al-Dimashqi. Sumbangannya turut dipuji oleh para ulama terkemudian. Oleh itu, objektif bagi kajian ini adalah: i) untuk membahaskan perkembangan pemikiran akidah umat Islam di zaman salaf, ii) untuk mengkaji sejarah dan pemikiran akidah al-Qadariyyah dan iii) untuk menganalisis sumbangan ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz dalam menangani al-Qadariyyah. Kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian kualitatif, dengan menggunakan analisis kandungan sebagai kaedah pengumpulan data, serta analisis pensejarahan dan analisis perbandingan sebagai kaedah penganalisisan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz telah melaksanakan empat bentuk sumbangan dalam menangani al-Qadariyyah. Sumbangan-sumbangan tersebut ialah menolak pandanganpandangan akidah al-Qadariyyah, menghentikan Ghaylan al-Dimashqi daripada menyebarkan al-Qadariyyah, menetapkan hukuman terhadap pengikut-pengikut al-Qadariyyah dan menyampaikan peringatan serta penerangan tentang qadar. Implikasi kajian ini ialah dapat mengetengahkan sumbangan-sumbangan ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz sebagai panduan para pemimpin dan ulama hari ini dalam menangani fahaman batil serta menaikkan nama ᶜUmar bin ᶜAbd al-ᶜAziz sebagai ulama mutakalim Ahli Sunah Waljamaah.,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Motazilites | - |
dc.subject | Predestination (Islam) | - |
dc.subject | Free will and determinism -- Religious aspects -- Islam | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Sumbangan khalifah Umar bin Abd Al-Aziz (99H/717M - 101H/720M) dalam menangani fahaman al-Qadariyyah | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 116 | - |
dc.identifier.callno | DS38.4.U43M845 2021 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 006655(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129589+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.