Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458440
Title: | Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani dan metode penulisan Kitab Al-fawa'id al-janiyyah |
Authors: | Mohd Hanafi Mohd Razali (P91321) |
Supervisor: | Muhammad Adib Samsudin, Dr. |
Keywords: | al-Makki Abu al-Fayd Muhammad Yasin ibn Muhhammad cIsa al-Fadani al-Makki al-Shafici -- 1916 or 1917 -- al-Fawa'id al-janiyah Shafiites Islamic law -- Interpretation and construction -- Early works to 1800 Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5 |
Description: | Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani merupakan seorang ulama yang pakar dalam pelbagai cabang ilmu. Antara ilmu yang menjadi kepakaran beliau adalah ilmu usul dan kaedah fiqh. Kepakaran beliau dalam bidang ini telah diakui oleh para ulama dan telah disaksikan melalui hasil karya beliau seperti kitab al-Fawa'id al-Janiyyah. Kitab al-Fawa'id al-Janiyyah dilihat mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding kitab-kitab al-Qawacid al-Fiqhiyyah yang lain. Antara kelebihan kitab ini ialah, ianya telah menjadi salah satu rujukan utama para ulama dalam penulisan dan pengajaran. Selain itu, kitab ini dikarang berlandaskan integrasi ilmu yang pelbagai dan ianya turut menyajikan perbincangan pendapat para ulama secara meluas. Justeru itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menelusuri latar belakang kehidupan Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani dan faktor yang membentuk keperibadian sebagai tokoh. Selain itu, kajian ini akan menganalisis latar belakang kitab al-Fawa'id al-Janiyyah keistimewaannya. Kajian ini juga dilakukan bagi mengenalpasti metode yang digunakan dalam menulis kitab ini sehingga menjadikannya sebuah kitab yang sering menjadi rujukan. Kajian ini dijalankan mengguna kaedah kajian analisis kandungan terhadap teks kitab al-Fawa'id al-Janiyyah. Data kajian diperoleh daripada penelitian terhadap kandungan tekstual kitab al-Fawa'id al-Janiyyah dan daripada kitab-kitab yang berkait langsung dengan al-Ashbah wa al-Naza'ir karangan Imam al-Suyuti. Melalui penelitian ini, sampel-sampel kajian dapat digolongkan mengikut kategori-kategori tertentu. Kesemua data kajian ini telah dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa, Shaykh Yasin al-Fadani merupakan seorang ulama yang pakar dalam ilmu usul dan kaedah fiqh. Kajian ini telah membuktikan bahawa kitab ini mempunyai kelebihan yang tersendiri berbanding kitab-kitab lain seperti kitab ini telah menjadi rujukan utama para ulama dan bentuk huraian pada kitab ini menerapkan integrasi ilmu yang pelbagai. Selain itu, kajian ini berhasil menonjolkan metode penulisan yang digunakan seperti perletakan definisi, pendalilan, penyusunan bab dan mendatangkan contoh. Implikasi daripada kajian yang dijalankan ini dilihat mampu untuk membuka ruang kajian lain terhadap keilmuan yang dimiliki Shaykh Yasin al-Fadani.,Sarjana Pengajian Islam |
Pages: | 200 |
Call Number: | BP80.M337M854 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129516+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.