Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/458433
Title: | Pengalaman dan pengamalan makanan sunnah dalam kalangan warga MOSTI Putrajaya |
Authors: | Wan Esma Wan Ahmad (P87885) |
Supervisor: | Hamdi Ishak, Dr. |
Keywords: | Food -- Religious aspects -- Islam Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 28 |
Description: | Perkembangan teknologi hari ini memperlihatkan perkembangan dan penghasilan pelbagai inovasi produk makanan. Salah satu produk tempatan yang dihasilkan adalah makanan sunnah. Namun begitu terdapat beberapa isu berhubung makanan sunnah seperti salah faham penggunaan istilah, pelanggaran perundangan makanan, penggunaan hadis dhaif, pengambilan makanan secara asli atau bercampur serta ketidak fahaman cara pengamalan makanan sunnah. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa konsep makanan sunnah menurut al-Quran dan sunnah, mengenal pasti tahap pemahaman dan pengamalan makanan sunnah dalam kalangan warga Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Putrajaya. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Seramai 130 orang pegawai dan kakitangan beragama Islam daripada 515 jumlah populasi yang dipilih. Bagi menganalisis data, kajian ini menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 21. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pemahaman makanan sunnah adalah tinggi. Begitu juga tahap pengamalan makanan sunnah adalah tinggi. Responden berpendapat khasiat makanan sunnah secara asli mahupun diproses memerlukan kepada kajian yang lebih mendalam. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pemahaman konsep makanan sunnah sangat luas bukan hanya makanan tertentu semata-mata, tetapi merangkumi konsep yang lebih luas iaitu halal, tayyib dan halalan tayyiba.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 105 |
Call Number: | BP184.9.D5W336 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_129506+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.18 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.